Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 9, 2022 @ 2:27pm

“Masa Ni Terkejut Bila Tahu Pregnant, Blur Kejap Sebab Period Dah Lewat” – Neelofa Kongsi Momen Manis #littlenunha

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa teruja berkongsi momen manis ketika mengetahui dirinya sedang hamil cahaya mata sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang kini berusia tiga bulan.

Neelofa menerusi hantaran video berdurasi 31 saat yang dimuat naik di laman TikTok miliknya itu, dilihat memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan perkataan ‘hamil 3+’.

 

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memaklumkan dia terkejut apabila mendapati dirinya sedang berbadan dua kerana tidak merancang tentang kehamilan tersebut.

Malah, ujian dilakukan kerana mendapati tempoh haidnya lewat daripada kebiasaannya.

“Masa ni terkejut bila tahu pregnant, sebab tak plan pun. Lepastu macam blur kejap sebab dah tiga minggu lebih dah. Check sebab period dah lewat. Masih tak percaya, syukur pada Allah,” tulisnya.

Video yang dimuat naik pemilik jenama Naelofar ini sejak Jumaat, telahpun di tonton lebih dari 2 juta tontonan dengan lebih 300,000 tanda suka.

@neelofa Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit #littlenunha #fyp ♬ That’s When I Knew – Alicia Keys

 

Rata-rata warganet berharap agar selepas ini Neelofa berkongsi pula reaksi suami dan keluarga tercinta apabila mengetahui khabar gembira tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 Aug 2020
Events Fri, 1 Feb 2019

Trivia Persembahan AJL Yang Dapat Sorakan Paling Kuat, Lagu Mana Jadi Pilihan Ramai?

Tak sabar nak tengok siapa dapat sorakan paling padu tahun ni! Korang dekat rumah pun boleh join sekali ok?

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Beri Penjelasan Soal DM Berbaur ‘Anti-Jews’, Kaka Azraff Akui Terkilan Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba

‘Saya terkilan kerana ia ditamatkan secara tiba-tiba tanpa sebab jelas atau ruang perbincangan’ – Kaka Azraff

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

error: Content is protected !!