Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 10, 2022 @ 2:10pm

Trending Di Twitter, Ceddy Dipuji Netizen Kerana Enggan Terima Makanan Percuma Untuk Review

Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang trending di Twitter sejak semalam selepas mendapat pujian netizen kerana enggan menerima makanan percuma untuk ‘review’.

Video yang berdurasi 20 saat itu memaparkan sikap merendah diri Ceddy yang mahu membayar juadah yang dibeli di sebuah gerai bazar Ramadan yang dikunjunginya.

Walaubagaimanapun, peniaga gerai tersebut ingin memberinya secara percuma.

“No for free, I give you extra,” tegas Ceddy.

Video tersebut telah menarik perhatian banyak pengikut Ceddy yang rata-rata memuji sikap merendah dirinya itu.

“The pure kindness of act from Ceddy,” ciap seorang netizen.

“Jarang-jarang into influencer. But Ceddy is another level! May God ease everything in your journey Ceddy!,” tulis seorang netizen.

“Ceddy even bought it even she insisted for free,” puji seorang pengikutnya.

Ceddy turut terharu dengan pujian para pengikutnya kerana baginya dia trending atas sebab yang betul kali ini.

“Wah so much love and at least I’m trending for the right reason this time,” ciapnya.

Ceddy merupakan pempengaruh yang sering membuat review makanan secara aktif di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Trending Sat, 15 Dec 2018

Siapa Anak Kerabat Di Raja Pakai Baju ‘Kitar Semula’

Pernah tak anda terfikir yang kerabat di raja juga mengamalkan sikap sebegini? 

Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

Featured Fri, 19 May 2023
error: Content is protected !!