Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 17, 2022 @ 1:33pm

Takut Akan Dibawa Ke Balai Polis Kerana Enggan Bayar Tambang, Remaja Perempuan Kelar Pemandu E-Hailing

Pemandu e-hailing mengalami kecederaan di leher selepas dikelar dengan pisau lipat oleh seorang remaja perempuan kerana enggan membayar tambang berjumlah RM400 dalam kejadian di Jalan Kovil Hilir, Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 2.55 pagi Rabu lalu.

Menurutnya, siasatan dilakukan mendapati mangsa mengambil penumpang berusia 16 tahun di Sagil, Tangkak, Johor yang menggunakan aplikasi e-hailing.

“Sebaik tiba di destinasi di Jalan Kovil Hilir, mangsa meminta remaja itu membayar tambang yang dipersetujui berjumlah RM400.

“Namun remaja itu enggan membayar kerana tidak mempunyai wang dan mangsa membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis.

“Takut akan tindakan mangsa itu, suspek bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat lalu melarikan diri. Suspek meninggalkan pisau di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beh berkata, mangsa dalam keadaan cedera kemudiannya memandu ke Balai Polis Sentul meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Tindakan dan siasatan telah dilakukan, polis akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah premis perniagaan di Jinjang, pada jam 4.55 petang semalam.

Tambah beliau, polis merampas telefon bimbit suspek dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat dan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jan 2020

Youtuber Dipenjara Selepas Bersalah Panjat Piramid Di Mesir

Seorang Youtuber Rusia-Amerika, Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan selepas beliau didakwa memanjat pyramid di Mesir. Tindakan beliau ini adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedy kebakaran yang berlaku di Australia. Dia yang lebih dikenali […]

LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.

Featured Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?

Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.

Hiburan Wed, 16 Apr 2025
Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Hiburan Wed, 22 May 2019

Pergh…Kumpulan Slash Ada Lagu Barulah!

‘Dan Leburkanlah’ dicipta sepenuhnya oleh pemain gitar Slash, Joe.

error: Content is protected !!