Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 8:21am

Zack Zakwan Tak Kisah Disamakan Dengan Tomok

Bintang muda, Zack Zakwan tidak kisah jika disamakan dengan penyanyi dan composer Tomok menerusi single terbaharunya yang berjudul Terluka.

Single Terluka dicipta oleh Aiman (Zul 2By2) dan lirik hasil nukilan Pujangga Malam dan Anje Maya ini merupakan lagu balada yang pastinya akan mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan remaja lewat 1990-an.

“Sewaktu sesi rakaman lagu ini, pegawai perhubungan awam saya ada tegur, kenapa dari luar dengar macam Tomok? Jujur saya katakana, saya tidak meniru siapa-siapa dalam nyanyian.

“Apa yang saya bawakan itu adalah dalam cara saya sendiri dan mungkin kebetulan feel lagu ini berjiwa begitu. Saya tak kisah disamakan dengan Tomok kerana dia seorang penyanyi senior yang sangat berbakat dan saya sangat menghormatinya.

“Tetapi jika anda mengikuti kerjaya seni saya dan mendengar karya-karya saya, pastinya peminat akan mengenali Zack Zakwan,” katanya.

Dapat bekerja dengan komposer senior seperti Zul, Zack merasakan ia sebagai satu penghormatan buat pelapis baru seperti dirinya.

“Penyanyi baru seperti saya memang memerlukan lagu yang bagus dan mempunyai melodi yang boleh buat orang turut nyanyi bersama. saya bimbang jika dapat lagu yang tangkap muat sahaja, orang takkan perasan akan kewujudan saya dalam industri ini. Sebab itu bila diberikan tugas untuk merakamkan lagu ini, saya sangat teruja.

“Lagu ini mempunyai keunikan tersendiri, apabila saya mendengar melodi lagu ini, mula-mula saya terbayang kumpuluan New Boyz, Boboy, Spin dan lain lain. Tapi bila lagu dah sedap, pastinya cabaran yang bakal digalas adalah besar.

“Untuk mendapat feel lagu ni sewaktu di studio, saya memang perlukan bimbingan Abang Zul. Di awal rakaman saya perlu ambil sedikit masa untuk menjiwai lagu ini. Bekerja dengan Abang Zul sangat menyenangkan. Ini satu pengalaman yang baru buat saya bila bekerja dengan komposer yang teliti macam Abang Zul,” katanya.

Single Terluka merupakan single keempat Zack setelah Kenangan, Diselubung Rindu dan Bagaimana, duet bersama Muna Shahirah.

Single Bagaimana berjaya meraih tempat di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 namun gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Mon, 17 Feb 2025

Lagu ‘Hening Rindu’ Marsha Milan Sentuh Jiwa Thalita, Shuib Dedah Punca Anak Menangis

Saya pun nak nangis sebab teringat arwah Sarah pernah beraksi di stage itu.

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai seorang yang talented dan versatile ini bisa dilabel sebagai seorang yang “Beauty with Brain” kerana sifatnya yang sederhana tetapi punyai skill yang luar biasa dalam mengendalikan instrument muzik.

Hiburan Fri, 12 May 2023

Angkat Tema Ekspresi Legasi Seni Sesuai Perubahan Minat & Aspirasi Gen Z, Jom Semak Senarai Penuh Calon Top 20 ABPBH 35

Ada ramai lagi artis kegemaran korang Yang penting jangan lupa undi👌👌👌

error: Content is protected !!