Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 22, 2022 @ 9:23pm

Meriahnya! Riang Ria Lebaran Himpunkan Ayu Damit, Bob Yusof, Syura Badron, Asmidar, Shah Eranz, Aruel Ariel & Fitri Hiswady

Penyanyi Ayu Damit tampil dengan single terbaharu berjudul Riang Ria Raya Bersama kolaborasi bersama enam rakan penyanyi lain iaitu Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Eranz, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady.

Single ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri itu tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.

“Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.

“Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan? Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah,” kata Ayu.

Tambah pelantun single Hanya Di Mercu itu, kolaborasi ini berjalan dengan baik dan proses rakaman muzik video juga dipermudahkan.

“Komitmen yang diberikan semua sangat baik dan proses menyiapkan lagu ini hanya ambil masa seminggu sahaja. Penggambaran muzik video dilakukan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara, SM Gadaffi Syed Ali atau Habib di Beverly Height, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi keesokan harinya.

“Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music,” katanya.

Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.

“Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.

“Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi,” katanya lagi.

Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Tue, 29 Dec 2020
Hiburan Sat, 14 May 2022
Hiburan Sun, 19 Apr 2026
Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Saya Terdengar Seorang Wanita Nyanyi Lagu Ku Akui, Suaranya Merdu!” – Hafiz Suip Imbas Momen Berkenalan Dengan Isteri

Menurut Hafiz Suip, hubungan mereka mudah terjalin kerana isterinya memahami kerjayanya dan banyak memberi sokongan.

Trending Fri, 1 Jun 2018

Ragui Kesetiaan Pegawai Kerajaan – Tun M

Ini mengganggu pentadbiran PH kerana kita ingin mentadbir ikut cara kita dan juga ikut manifesto kita…

Featured Thu, 3 Nov 2022

Dihasilkan Sejak 10 Tahun Lalu, Lagu ‘Malu’ Mungkin Jadi Buah Tangan Terakhir Syafiq Naser

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial, Syafiq Naser kini semakin berjinak-jinak dalam dunia seni suara. Terdahulu, dia pernah mengeluarkan single pertamanya, Lenggang yang meraih perhatian […]

Featured Sat, 22 Nov 2025

Peserta Misi Kemanusiaan GSF Terkilan, Penganjur Batalkan Program Gara-Gara Tak Popular?

Haikal mengakui pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam terhadapnya.

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Menginjak Usia 50 Tahun, Fazley Yaakob Lebih Peka Jaga Kesihatan & Penampilan Demi Anak-Anak

Menurut Fazley Yaakob, usia yang semakin meningkat tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan penampilan.

Trending Tue, 23 Apr 2019

Baling keju ke wajah bayi, kegilaan apakah ini warganet?

Keju melekat di muka si kecil memang nampak comel, tapi kesian!

error: Content is protected !!