Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain May 9, 2022 @ 3:20pm

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Penyanyi Andi Bernadee kini lebih selektif dan berwaspada dalam mengukuhkan nama dan bakatnya sebaris dengan selebriti popular lain.

Setelah lima tahun dalam industri hiburan, kini dia turut bergelar sebagai seorang pelakon dan pengacara untuk produk disiarkan TV3.

Menurut Andi, walaupun jadual kerjanya kini agak padat, masa bersama keluarga tetap menjadi keutamaan buatnya.

“Tak dinafikan, jadual kerja saya memang agak padat. Tetapi, masa bersama keluarga juga terutama pada Aidilfitri perlu diutamakan. Apatah lagi, dah ada peluang untuk berjumpa mereka semula.

“Dapat juga kita melepaskan rindu yang terpendam selama ini terhadap keluarga yang jauh di mata. Ditambah, selepas sibuk bekerja tentulah kena ada masa untuk merehatkan diri ,” katanya.

Selain itu, Andi turut rasa bersyukur apabila kehadirannya dalam industri seni diterima baik peminat sama ada menyanyi, berlakon dan mengacara serta menganggap semua itu rezeki.

“Apa yang saya buat sekarang ini, semua atas dasar tuntutan kerja dan ini juga cara artis mencari rezeki. Sama ada persembahan di pentas secara terbuka dan tertutup ataupun melalui program TV, ini adalah punca rezeki saya.

“Jadi, selagi ada jemputan persembahan atau permintaan tawaran berlakon atau mengacara, insya-Allah saya akan terima dan buat sebaik mungkin,” katanya.

Kini, Andi memeriahkan beberapa program Aidilfitri di TV3 sebagai pengacara antaranya Sampaikan Raya dan I Can See Your Voice Malaysia musim kelima (ICSYV5) bersama rakan pengacaranya, Izzue Islam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!