Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 10, 2022 @ 5:09pm

Kagum Dengan Cerita Peniaga, Nad Zainal Tanpa Berlengah Bawa Anak Berubat Di Perak

Pelakon Nad Zainal mendedahkan anak perempuannya, Budi Kalsom mengalami masalah ekzema.

Menurut Nad, 32, dia membuat keputusan untuk membawa puterinya itu berubat di sebuah klinik terletak di Tapah, Perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dia segera membawa anaknya ke Perak selepas mendengar cerita daripada seorang peniaga yang terdahulu anaknya juga pernah mengalami ekzema.

“Hendak dijadikan cerita, semalam nak berjalan-jalan keluarkan peluh, singgah Titiwangsa dan terjumpa hamba Allah yang baik hati. Dia berniaga di sana.

“Kata peniaga itu anaknya ketika bayi mengalami ekzema yang kronik sehingga bernanah. Kaki naik hancur akibat ekzema sampai doktor bagi amaran jika tidak ditahan di hospital, kaki boleh dipotong.

“Sekarang anak itu sudah dewasa dan bebas ekzema. Sempat dia tunjuk kesan parut lama akibat tabiat menggaru anaknya itu. Saya kagum dan tidak berlengah untuk membawa Som ke sini (Klinik Jaya),” tulisnya di kapsyen hantaran Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Pelakon Dendam Seorang Isteri ini turut berkongsi pandangan bahawa servis yang diberikan oleh klinik tersebut sangat baik.

“Doktor Sundra dan jururawat memang baik. Walaupun cuma sebuah klinik yang terletak di pekan, servis yang diberikan memang terbaik.

“Selalunya penerangan yang diberikan doktor cuma sekitar lima hingga 10 minit, tapi di sini lama betul. Doktor siap periksa guna lampu, sapukan antibiotik, beri risalah dan berbual panjang.

“Kos rawatan mengikut tahap ekzema. Doktor kata, keadaan Som tidaklah teruk, cuma jangan dibiarkan sehingga melarat,” tulisnya lagi.

Di dalam ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan anaknya serta berkongsi pengalaman menangani masalah ekzema.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Bael0n Beri Nafas Baharu Lagu Amelina

Selebriti TikTok yang kini bergelar penyanyi, Bael0n kini tampil memberikan nafas baharu kepada lagu Rindu nyanyian asal Amelina dalam versi tersendiri. Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angina baharu kepada pendengar […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Trending Wed, 25 Nov 2020
Trending Tue, 21 Apr 2020
Trending Mon, 21 Oct 2019

Terkejut Ada Kelibat Sewaktu ‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit

Jaga-jaga sewaktu mengambil gambar tidak kira dimana ye

Featured Wed, 7 Sep 2022
Trending Sat, 25 Jan 2020
Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

error: Content is protected !!