Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 14, 2022 @ 5:22am

Sempena Kehadiran Syawal, Buletin FM Raikan Golongan Gelandangan

Selepas hampir dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak saudara serta insan yang tersayang disebabkan pandemik Covid-19, tahun ini keceriaan Aidilfitri dapat dirasai kerana tiada lagi sekatan dilakukan.

Justeru, Buletin FM ingin bersama-sama meraikan Aidilfitri kali ini dengan berkongsi kegembiraan dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan gelandangan kota bagi merasai nikmat berhari raya.

Oleh itu, pihak Buletin FM telah mengadakan satu acara bagi meraikan Aidilfitri bersama mereka ini dengan menganjurkan Raya Rumah Kita bersama Buletin FM yang telah berlangsung pada Jumaat di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam.

Majlis rumah terbuka Buletin FM iaitu Raya Rumah Kita ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada golongan gelandangan untuk sama-sama merasai rumah terbuka dan menikmati kemeriahan hari raya.

Inisiatif ini diambil bagi menyantuni mereka yang serba kekurangan dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya, memberi hiburan serta peluang untuk mendekati mereka dengan lebih rapat lagi.

Barisan artis tanah air seperti Asyraf Nasir dan SIQMA dan barisan sukarelawan yang direkrut oleh Buletin FM turut bersama dalam Rumah Terbuka ini.

Turut memeriahkan acara ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Puan Nordina Haron, Tuan Syed Anas Syed Ali, Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan juga pihak pengurusan Buletin FM.

Selain itu, Raya Rumah Kita bersama Buletin FM turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai radio Buletin FM antaranya Ally Iskandar, Hawa Rizwana Redzuan, Fedtri Yahya, Muaz serta Haiza yang turut membuat persembahan pada acara ini.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, Rumah Terbuka Buletin FM, Raya Rumah Kita adalah kesinambungan aktiviti kemasyarakatan yang Buletin FM lakukan.

“Pada Ramadan lalu, kami memberi hidangan moreh kepada para gelandangan di Chow Kit Kuala Lumpur. Di situ tercetus idea untuk meraikan para gelandangan bagi Aidilfitri tahun ni, setelah 2 tahun kita tidak berkesempatan untuk menyambut Syawal dengan meriah.

“Kami bersyukur kerana dapat kerjasama penuh dari Yayasan Kebajikan Negara dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta para NGO dan pihak penaja. Harapan Buletin FM agar kami dapat terus bersama-sama mendekati dan membantu para gelandangan serta mereka yang memerlukan dengan pelbagai lagi rancangan yang akan kami lakukan di masa depan,” katanya.

Raya Rumah Kita bersama Buletin FM ini juga telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Kementerian Wilayah Persekutuan, Anjung Kembara, Yayasan Kebajikan Negara dan Kelab Kebajikan Kilat serta penaja makanan dan minuman seperti Restoran Tanjung Puteri, Nando’s, The Brew Crew, Milo, Mydin, Suspended Meal, Adina Charity Circle dan Teja Flourista. Turut memberikan sumbangan adalah Hiyama, pelitup muka untuk para gelandangan.

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

Walaupun teruk dikritik juri tetap, yang penting Adam & Ryan Bakery tak putus harapan! Goodluck minggu depan tema Rock!

Trending Thu, 7 Oct 2021

Akim & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA

Tidak dinafikan sepanjang tempoh hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri hiburan tempatan terutama arena muzik sunyi. Tidak banyak perkembangan baharu dilihat. Enggan terus dibelenggu kesepian, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy menerusi syarikat rakaman […]

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

Trending Wed, 4 Jul 2018

《迪士尼童话》王子公主「幸福地活到老」

迪士尼的王子和公主们结婚后,大家都知道,接下来便是幸福快乐过完一生。但是承诺携手到老的他们,究竟成了什么样子呢?

Featured Fri, 15 Jul 2022

“Orang Sibuk Nak Collect Pahala, Dia…” – Viral Isu Anjing, Natasha Hudson Tegur Datuk AC Mizal

Hmm.. selalunya orang akan menjauhkan diri daripada anjing, tetapi ia juga merupakan binatang ciptaan Allah

Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Trending Thu, 12 Nov 2020
error: Content is protected !!