Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 11, 2022 @ 2:33pm

Sasar Pasaran Antarabangsa, Filem JanGo Satukan Pelakon Melayu & Cina

Budaya Melayu dan Cina disatukan dalam sebuah karya baharu berjudul JanGo terbitan Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.

JanGo yang merupakan ringkasan untuk Jangan Goyang menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama iaitu Khir Rahman, Joey Daud, Zhang Yaodong dan Chris Tong serta mendapat sentuhan CL Hor selaku sutradara.

Menurut pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, berkata idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir dan Joey.

“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie berlangsung baru-baru ini, Khir dan Joey tampil dengan idea filem JanGo.

“JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha, mereka pernah diangkat sebagai juara dalam sebuah program realiti.

“Apa yang menariknya, kami satukan pelakon berbangsa Melayu dan Cina. Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian.

“Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia dan penggambaran akan dijalankan di sekitar Lembah Klang, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0,” katanya.

Ujar Saraleana lagi, mereka juga gembira dapat menjalin kolaborasi dengan syarikat produksi Hong Kong.

“Projek ini menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Saya nak pelakon Malaysia diberi peluang mengetengahkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.

“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” katanya.

JanGo mengisahkan dua sahabat karib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.

Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bapa Syamel Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ernie Zakri Mohon Doa

Mari kita sama-sama doakan kesembuhan buat bapa Syamel dan bapa mentua, Ernie Zakri ❤️ Semoga dipermudah segala urusan mereka

Trending Tue, 30 Mar 2021

Tonton Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Secara Awal & Eksklusif Di…

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara […]

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Wed, 26 Feb 2020
error: Content is protected !!