Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2022 @ 4:31pm

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Nama pelakon dan pelawak terkenal, Johan dikenali sebagai antara selebriti yang amat pemurah dan prihatin.

Baru-baru ini, sikap murninya itu tular di ruangan media sosial di mana seorang pengguna Facebook bernama Nor Aqmar Kaseh berkongsi pengalaman dibantu oleh Johan.

Individu berkenaan tampil memuat naik hantaran di Facebook miliknya berkongsi kisah bertemu dengan selebriti terkemuka tersebut secara tidak sengaja ketika kereteanya rosak di tepi jalan baru-baru ini.

“Balik dari Chow Kit kereta breakdown tepi jalan, tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada En. Suami, kenapa?

“En. Suami tercengang sekejap.. tak sangka yang bertanya tu Johan Raja Lawak.

“Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke? En. Suami yang masih terkejut menjawab tak ada apa-apa,” tulisnya.

Tambah Aqmar, Johan turut bertanyakan mengenai jumlah kanak-kanak yang berada dalam kenderaannya lalu Johan yang juga penyampai radio bertindak mengagihkan sampul duit raya.

“Lalu Johan bertanya lagi ada berapa anak orang dalam kereta lalu meluru ke dalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman.

“Aku yang dalam kereta tambah-tambah terkejutlah lihat dia tiba-tiba depan mata.

“Betul kata orang.. dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kagum terhadap selebriti berkenaan kerana sentiasa merendah diri dan ringan tulang membantu orang lain.

“Johan pernah rasa susah jadi dia faham situasi itu. Terbaik papa Hanania, rahsia rezeki mereka sekeluarga tak pernah putus,” tulis seorang pengguna Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Nov 2021

Pengalaman Cinta Terkandas Jadi Inspirasi Dr Hafiz Zainal

Pembabitannya pada program realiti popular tahun lalu membuka ruang buat penyanyi Dr Hafiz Zainal untuk lebih dikenali. Biarpun tidak bergelar finalis, Dr Hafiz, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal tetap mampu berbangga dengan apa […]

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Featured Wed, 1 Dec 2021
error: Content is protected !!