Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 23, 2022 @ 6:48pm

Isu Aurat & Tanah Suci, Netizen Gelar Kenyataan Ifa Raziah Sebagai ‘Jahil’

Baru-baru ini, tular di ruangan media sosial mengenai sebuah video memaparkan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang tampil membidas isu menutup aurat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @Nazrul_Al_Bangsari itu telah meraih perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Ifa.

Ifa berkata, dia sudah tiga kali dijemput untuk ke Tanah Suci, meskipun belum menutup aurat.

Dalam video berkenaan, Ifa turut mempersoalkan bagaimana wanita yang menutup aurat masih mengata orang.

Malah, dia turut akui pernah berjumpa dengan wanita bertudung tetapi tidak menunaikan solat.

“Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat.

“Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.

“Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji.

“Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.

“Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab.

“Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang.

“Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan komen rata-rata netizen yang terkejut dengan kenyataan pelakon itu.

Netizen seakan mempertikaikan bagaimana Ifa tidak dapat membezakan perkara yang wajib untuk menutup aurat, yang dibandingkan dengan perkara sunat tunai umrah.

Namun begitu, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar Ifa diberikan hidayah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
Trending Mon, 2 Dec 2019

‘Pakcik’ No Longer Has To Buy Burger For His Wife Again Because Secret Recipe Has Done The Deed

We feel very happy to see those happy smiles carved on the family’s faces. Happy belated birthday!

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

“Kami Masih Suami Isteri” – Kaka Azraff Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Kaka Azraff memilih untuk lebih berhati-hati agar perkara peribadi tidak terlalu dihebahkan kepada umum

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

“Itu Bukan Bodoh, Itu Taat Secara ‘Mengkhinzir’ Buta, Watak Aisyah Dalam Nur 2 Dihentam Netizen

Dilabel “taat mengkhinzir buta’, watak Aisyah dalam Nur 2 buat netizen geram!

Featured Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019
error: Content is protected !!