Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 23, 2022 @ 6:09pm

“Andai Kata Dia Tak Bahagia, Dia Datang Balik, Saya Terima” – Video Shakilla Khoriri Sebak Viral Di TikTok

Umum sedia maklum, pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, penyampai radio Fizi Ali telahpun berpisah, namun hubungan mereka masih terjalin dengan baik demi anak, Ameena Sofia.

Beberapa hari lepas, heboh di ruangan media sosial mengenai sebuah video memaparkan luahan hati Shakilla mengenai perpisahan bersama bekas suami.

Video yang dipercayai dirakam beberapa bulan lalu itu kini tular di TikTok dan meraih lebih 844,000 tontonan.

@wan__fara

Datang balik dekat i, i terima dia balik 🥺 #fypシ #fypシ゚viral #fyp

♬ Cinta Hebat – From “Kisah untuk Geri” – Syifa Hadju

Dalam video tersebut, Shakilla yang ditemubual media berkata dia tidak menolak andai satu hari nanti mereka kembali berjodoh sebagai suami isteri.

Tambah Shakilla, dia akui ada mendengar spekulasi mengenai Fizi bercadang untuk berkahwin lain, namun dalam masa sama Shakilla tidak menyalahkan Fizi.

“Kalau ada jodoh semula dengan Fizi, memang saya berbesar hati dan terbuka hati untuk dia. Sebelum ini dengar spekulasi dia nak kahwin, saya pun tak salahkan dia. Dia memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya,” katanya.

Shakilla kelihatan sedikit sebak turut berkata dia sedia menerima semula bekas suamianya, seandainya Fizi tidak gembira dalam kehidupan

“Andai kata satu hari nanti dia tak gembira.. dia datang balik pada saya, saya terima dia balik. Memang saya ada sayang Fizi, cuma tak tahu ada cinta atau tidak.

“Mungkin hati masing-masing sedang merajuk,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan keperibadian Shakilla kerana sanggup merendahkan egonya.

Namun, ada juga dalam kalangan netizen yang mendakwa Fizi terlalu cepat move on.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan netizen menitipkan kata-kata doa buat mereka berdua agar dipermudahkan segala urusan.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Nafi Berbincang Dengan Bekas Suami Untuk Rujuk Semula – “Saya Tak Ada Keluarkan Kenyataan Memujuk..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Trending Fri, 2 Nov 2018
Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

Trending Tue, 17 Apr 2018

Is HERSHEY’S a Korean Pop Music Fan?

Their latest chocolate bar packaging is making people believe that they could be KPOP fans.

error: Content is protected !!