Featured By: Aqilah Paharuzi May 25, 2022 @ 1:01pm

Isu Tambang e-hailing Naik ‘Menggila’, Menteri Pengangkutan & Grab Malaysia Tampil Beri 2 Penjelasan 

Isu mengenai caj tambang perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia sering menjadi perbualan hangat di serata media sosial di mana harga tambang Grab dipercayai semakin melambung dan membebankan pengguna.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tampil mendedahkan dua sebab mengapa caj tambang Grab naik iaitu penawaran dan permintaan tidak seimbang terhadap perkhidmatan serta kesesakan lalu lintas memuncak menjadi faktor utama menyebabkan lonjakan tambang e-hailing.

“Beberapa syarikat e-hailing juga menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus, berbanding sebelum COVID-19 melanda Malaysia.

“Kekurangan pemandu e-hailing ini secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada dijangka,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Grab Malaysia turut tampil menjelaskan mengenai faktor yang menyebabkan caj tambang mahal pengangkutan e-hailing tersebut yang dianggap ‘mencekik darah’ pengguna.

Menurutnya dalam satu kenyataan rasmi berkata jumlah pemandu di platform mereka masih kurang 70% daripada keadaan sebelum pandemik.

“Kami perlu terangkan dengan jelas, bahawa kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang. Grab menerima pakai model harga dinamik bagi memastikan penumpang mendapat perkhidmatan penghantaran apabila mereka memerlukan, dan pemandu kami diberikan bayaran yang adil bagi tenaga dan masa mereka.

“Apabila jumlah yang menempah perkhidmatan terlalu ramai berbanding jumlah pemandu di sedia ada di kawasan tertentu, caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu ‘menghala’ ke arah lokasi penumpang,” katanya.

Bagaimanapun, Ka Siong berkata beliau tidak akan berdiam diri dan memastikan pihak kerajaan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan isu seperti ini tidak berlanjutan.

“Kami akan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan keadilan dan mengelakkan beban yang tidak wajar kepada pengguna,” katanya

Sumber: Getaran.my, Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022

Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Alamak, biar betul status ‘Datuk Seri’ suami Heliza Helmi palsu? Ada bukti menunjukkan tiada dalam sistem istiadat 🤭

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Hiburan Fri, 21 Jun 2019
Hiburan Sun, 14 May 2023