Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 29, 2022 @ 1:36pm

Akui Sedang ‘Berkawan’ Dengan Seseorang, Sherry Ibrahim Mahu Tamatkan Zaman Bujang Sebelum…

Pelakon Sherry Ibrahim akui sedang berkawan dengan seseorang dan mahu menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 40 tahun.

Walaupun agak sukar untuk berkongsi soal hati, riak wajah dan bahasa tubuh Sherry seolah-olah sedang dilamun cinta.

“Saya akui berkawan dengan seseorang, ketika ini. Dia juga kawan lama saya.

“Namun, jika nak cakap dialah lelaki yang bakal menjadi jodoh, saya tak berani nak cakap apa-apa. Jika boleh, saya sudah tidak mahu terlalu terbuka bercakap soal teman lelaki.

“Pengalaman lalu mengajar agar jangan mudah berkongsi sesuatu yang belum sahih menjadi milik. Bercinta bagai nak rak, semua orang tahu akan hubungan, namun, akhirnya saya juga yang ditinggalkan,” kongsi Sherry.

Menurut pelakon jelita tersebut, dia hanya akan kongsikan mengenai kisah cintanya dan mendedahkan pilihan hatinya selepas mempunyai ikatan yang sah.

“Hanya selepas menerima lamaran barulah saya yakin dialah lelaki dimaksudkan. Jika belum ada ikatan, saya tak mahu terlalu mudah berkongsi perkara ini kepada sesiapa.

“Saya bimbang hubungan berakhir tanpa sempat ke jenjang pelamin. Saya dan keluarga juga mendapat malu kerana hal seperti ini pasti akan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Selain itu, bekas pramugrari itu turut bercadang untuk mengadakan majlis merisik secara ringkas dan terus bernikah.

“Kalau boleh saya hanya mahu ada majlis merisik sahaja. Lepas itu, terus nikah. Saya juga tidak mahu ada hantaran dan cukuplah sekadar sebentuk cincin sebagai tanda. Saya seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

“Jika ikutkan, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia mencecah angka 40 tahun. Namun, saya tak mahu ada sasaran usia kerana bimbang ia tidak kesampaian.

“Apa yang boleh dikatakan, saya sudah bersedia untuk bergelar isteri, tahun depan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Oct 2020
Trending Sat, 20 Feb 2021

Semakan Bayaran GKP Tambahan Sehingga RM1,000 Bermula Mac Ini

Manfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan sebaiknya okay!

Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Azza Elite Segan Borak Dengan Yusry – “Dia Suami Orang, Saya Hormat Lisa”

Azza Elite hormati Lisa, segan borak lebih dengan Yusry

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Turun Lapan Kilogram…Kenapa Dengan Aishah Azman?

Makin meningkat usia, makin cantik Aishah ni kan?

Events Tue, 26 Apr 2022

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bagi Permohonan Selepas 28 April Akan Dibuat Pada…

Umum sedia maklum, Pengeluaran Khas bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun diterima oleh sebilangan ahlinya namun,  masih terdapat segelintir ahli yang masih tidak menerima bayaran disebabkan mereka memohon selepas tarikh 28 April 2022. Oleh […]

Featured Thu, 5 Jan 2023
error: Content is protected !!