Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 9, 2022 @ 2:43pm

Lewis Hamilton Bakal Berlakon Bersama Brad Pitt Bawah Filem Arahan Pengarah Top Gun: Maverick

Lewis Hamilton bakal beraksi bersama Brad Pitt selepas Apple memenangi hak untuk filem itu dalam perjanjian bernilai AS$130 juta (RM571.24 juta).

Menurut Deadline, filem itu akan menampilkan Pitt, 58, berlakon sebagai pelumba yang keluar dari persaraan untuk bersaing dengan seorang ‘rookie’, dan bekas juara dunia Hamilton, 37, akan memegang watak sebagai penerbit dalam projek itu.

Filem yang masih belum mempunyai tajuk itu akan diarahkan oleh Joseph Kosinski yang baru-baru ini menerajui sekuel Top Gun: Maverick yang mendapat pujian ramai.

Pitt akan membawa watak yang mana dia akan membuat penampilan terakhir untuk membimbing seorang pelumba muda menentang beberapa pelumba terpantas dalam Formula Satu.

Pada Disember lalu dilaporkan bahawa filem terbaru Pitt itu mencetuskan perang bidaan yang sengit antara beberapa studio filem dan perkhidmatan penstriman.

Lewis yang tidak asing lagi di dunia Hollywood, sebelum ini pernah membuat ‘cameo’ di dalam filem Cars 2, Cars 3 dan Zoolander 2, serta Apple juga sudah menjaminkan hak untuk membuat dokumentari tentang kehidupan dan karier perlumbaannya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu Lewis Hamilton berkata: “Saya tidak tahu jika saya akan menjadi mahir dalam filem, tapi saya akan mencubanya.”

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Acap Kali Diaju Gelaran ‘Nista’, Shila Amzah Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Kenapa Kena Cakap Macam Hidup Saya Terhutang Pada…”

Tu la gais sebelum cakap apa apa fikir dulu ya ☺️ Dengar ni pesanan Shila, jangan sesuka hati label orang lain yang bukan bukan ya 😌

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Ini Ikhtiar Terakhir…’- Pak Ya Mohon Sumbangan Bayar Peguam

Bila kes dah selesai, Pak Ya berjanji akan pulangkan semula wang tersebut.

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

” Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Featured Fri, 8 Jul 2022
Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

error: Content is protected !!