Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 22, 2022 @ 6:54pm

“Saya Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga” – Syamsul Yusof Bakal Dedah Perkara Sebenar

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sedang dalam proses menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang kini hangat diperkatakan.

Menurut Syamsul, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.

“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that.

“Saya bukan lari ke apa cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri, itu yang terbaik, iyalah kerana pihak sana dah keluarkan.

“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti menyinggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Tapi itulah dia kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap.

“Tanpa kita sedar menganggap the real life now is for them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan?

“Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen.

“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu.

“Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga saya. Jadi itulah dia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syamsul turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau ini sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar.

“Baru-baru ini pula kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula,” ujarnya.

Terbaharu, isterinya Puteri Sarah telah berkongsi satu status yang mendakwa Syamsul telah bertunang dengan wanita tersebut.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Trending Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Mon, 21 Jul 2025
Hiburan Fri, 13 May 2022
Featured Thu, 15 May 2025
Featured Tue, 4 Jan 2022

Juliana Evans Tersenarai Sebagai Individu Berjaya Di Malaysia 2021

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, 32, tersenarai sebagai Individu berjaya di Malaysia pada tahun 2021 berdasarkan sebuah ensiklopedia biografi terbitan Britishpedia. Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans memaklumkan perkara ini merusi […]

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?

Trending Tue, 31 Dec 2019
Trending Thu, 28 Apr 2022
error: Content is protected !!