Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 23, 2022 @ 6:50pm

“Tak Mahu Gadaikan Agama Kerana Kerjaya” – Nafiz Muaz Tolak Banyak Tawaran Drama Cinta, Elak Adegan Bersentuhan

Pelakon kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, Nafiz Muaz mengakui tidak menyesal apabila banyak menolak peluang untuk berlakon dalam naskhah romantis atau bercorak cinta kerana berpegang pada prinsip agama.

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Nasir, 24, menegaskan dia tidak mahu menggadaikan maruah dan mengelak sebarang adegan bersentuhan dengan wanita, semata-mata untuk mengecap populariti.

“Satu je saya nak cakap, benda ni pasal agama. Saya tak mahu gadaikan agama kerana kerjaya saya. Saya tahu kalau watak dalam cerita cinta, kena pegang dan bersentuhan.

“Saya dah tiga, empat tahun berlakon, saya cuba untuk bagitau pengarah tentang perkara ini. Kalau pengarah tak okay tentang perkara ni, tak mengapalah, bukan rezeki saya,” ujarnya.

Sudah berkecimpung selama enam tahun dalam industri, Nafiz bagaimanapun akan membuat pertimbangan sekiranya pengarah drama tersebut dikenalinya.

“Dulu saya pernah berlakon satu naskhah cinta, tapi saya tak boleh dah buat benda tu. Bukannya kita nak tolak mentah-mentah, kalau pengarah tu saya kenal, baik, saya akan buat.

“Kalau saya tak kenal produksi tu, saya tengok cerita tu pun romantik sangat, saya tak boleh,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Nafiz sentiasa percaya bahawa rezeki tidak akan berkurang sekiranya dia menolak sesuatu tawaran kerana berpegang pada prinsip untuk tidak bersentuhan dengan wanita.

“Saya tak bolehlah, untuk saya sebagai orang Islam, benda tu tak normal sebenarnya. Sebelum kahwin lagi saya dah tetapkan prinsip untuk tak mahu bersentuhan ni. Sekarang saya cuba untuk elakkan.

“Saya tak pernah lagi menyesal tolak perkara ni sebab semua ini pun ciptaan-Nya. Dia tak bagi kita kebulur kalau kita yakin. Kalau satu produksi saya tolak sebab perkara itu, ada banyak lagi yang saya akan terima,” jelasnya lagi.

Nafiz ditemui pada acara lawatan media dan penggambaran drama bersiri terbaharu iQiYi berjudul Sorry Naik Lori baru-baru ini.

Sorry Naik Lori memaparkan gaya hidup moden pasangan menerusi plot drama dan komedi.

Ia memaparkan kehidupan Khairul (Nazim Othman) sebagai seorang pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang bersama isterinya, Nadia (Ruhainies) yang merupakan seorang suri rumah.

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Tue, 14 Nov 2023

“Ya, Itu Lagu Baru…” – Selepas Dilamar Teman Lelaki, Nabila Razali Bakal Kongsi Berita Gembira

Selepas berkongsi foto dilamar teman lelakinya yang juga usahawan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, Nabila Razali bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai hubungannya itu. Menurutnya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum […]

Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Calum Scott Sways the Crowd Away with 3 Heart Melting Hit Songs

It was the man with a voice of an angel’s first visit to Malaysia!

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Fizi mengaku hampir berputus-asa sewaktu nak mengorat Shakilla. Apa yang Fizi lakukan selepas itu?

Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk […]

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Asrilia Intai Peluang Di Malaysia, Impi Kolaborasi Bersama Siti Nurhaliza

Penyanyi baharu dari Indonesia, Asrilia menyimpan impian besar.

error: Content is protected !!