Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 24, 2022 @ 9:51pm

Siasat Semula Kes Kematian Baby Syifaa, Keluarga Bakal Hantar Laporan Bertulis – “Terima Kasih Che’ Puan Khaleeda Dan Istana Johor”

Selepas Isteri Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda memohon pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semula bagi kes kematian bayi perempuan berusia 15 bulan iaitu Baby Syifaa pada Rabu.

Kali ini, bapa kepada Baby Syifa, Yuseri Yusoff memaklumkan bahawa peguam yang mewakili keluarga beliau iaitu Tuan Amin Chambers telah dihubungi oleh pihak Istana Johor.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pihak Istana Johor ingin mengetahui butiran dan laporan terperinci mengenai kes kematian Baby Syifaa yang disifatkan sangat meragukan.

Justeru itu, peguam pemerhati bagi keluarga beliau akan menghantar laporan bertulis kepada Che’ Puan Besar Khaleeda dan pihak Istana Johor dalam masa terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

Terdahulu, Che’ Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram story miliknya meluahkan pendapat mengenai kes kematian Baby Syifaa yang dikatakan tidak masuk akal kerana diklasifikasikan sebagai mati akibat terjerut buai.

Malah, dalam hantaran yang sama Che’ Puan Besar turut mempersoalkan kesan luka di kaki Baby Syifaa yang didakwa seperti diheret.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia akibat kepala terjerut pada kain buaian, serta hanya memberikan masa dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.

Sementara itu, dalam siasatan awal polis, pengasuh bayi itu mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

Bagaimanapun, kes inkues bagi menentukan punca kematian Baby Syifaa ditetapkan semula pada 29 Jun ini di hadapan Mahkamah Koroner.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuseri Yusoff (@yuseriyusoff)

 

 

Sumber : Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sun, 2 Sep 2018

Wajib Atau Tidak Pakai Stokin Ketika Berpantang? Doktor Ini Ada Jawapannya

‘Angin’ masuk melalui kaki ibu berpantang yang tak pakai stokin sebenarnya tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. 

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Featured Fri, 26 May 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Wed, 23 Jun 2021

Luqman Hakim ‘Luqie’ Pamer Aksi Cemerlang Menentang KRC Harelbeke

Min suka anak muda ada visi dan misi ni!✌

Hiburan Sun, 22 Dec 2024

Alami Jangkitan Paru-Paru & Batu Karang, Adi Putra Ditahan Di Wad

Datuk Adi Putra dimasukkan kehospital akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Featured Mon, 18 Nov 2024

Menangis Ditegur Pelakon Senior, Aniq Durar Tak Anggap Ia Tindakan Buli – “Silap Saya Tak Memahami Watak”

Aniq Durar tidak menganggap teguran yang diberikan pelakon senior di set penggambaran sebagai tindakan buli.

Hiburan Sun, 3 Nov 2019
error: Content is protected !!