Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 4, 2022 @ 4:34pm

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Pelakon terkenal baharu, Anna Jobling sering menjadi perbualan di media sosial, lebih-lebih lagi setelah kemunculan hebatnya dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus.

Namun begitu, selebriti kelahiran berdarah kacukan, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman turut tidak lari daripada kecaman netizen.

Anna yang pernah menyertai Demi Remaja 2019 didakwa hanya menggunakan kecantikan yang dimilikinya itu hanya bertujuan untuk mencapai matlamat utamanya, iaitu menjadi pelakon.

Tampil membidas dakwaan tersebut, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini berkata paras rupa jatuh nombor dua dalam menilai bakat seseorang.

“Jangan cabar rezeki yang Allah beri. Seorang yang cantik tidak semestinya tidak berbakat.

“Pada saya, bakat adalah nombor satu, sementara kecantikan adalah nombor dua. Namun, sekiranya kita dikurniakan dengan kedua-duanya, bagi saya, ia adalah bonus.

“Jika saya rasa saya tidak pandai berlakon, ‘Melur Untuk Firdaus’ tidak akan tular di mana-mana. It will not go viral in a good way. For real, it will go viral in a bad way if I’m bad in acting,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anna yang baru berjinak dalam bidang lakonan mengakui masih banyak yang harus diperbaiki.

“Sejujurnya, saya masih bertatih di dalam industri ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan selagi saya mencuba, saya rasa saya berada di landasan yang betul.

Kredit foto: Azim Mahayudin / Getaran.my

“Saya tidak menceburi bidang ini hanya kerana semata-mata saya seorang yang mempunyai rupa. Berdiri saya di sini kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan.

“Saya akan selalu belajar dan terus belajar. Sebagai pendatang baru, saya sedia menerima nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman daripada saya.

Kredit foto: Azim Mahayudin / Getaran.my

“Di set penggambaran, saya sentiasa bertanya dan meminta tunjuk ajar pelakon-pelakon senior.

“Bagi saya, saya bekerja dengan ikhlas dan bukan kerana saya seorang yang cantik,” kata Anna.

Sumber: Getaran.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Featured Wed, 15 Jun 2022
Hiburan Sat, 29 Dec 2018

《比悲伤》首日开映票房破百万!导演林孝谦放话「带双豪来谢票」

《比悲伤更悲伤的故事》首日开映票房累积破百万令吉!导演林孝谦放话 “带刘以豪和张书豪来谢票!”

Featured Thu, 13 Oct 2022
LIFESTYLE Wed, 22 Aug 2018

Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tidur berdengkur boleh menjadi penyebab mood tidak baik kerana tidur tidak lena

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

error: Content is protected !!