Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 9, 2022 @ 1:30pm

Gempar! Ceramah Ustaz Kazim Elias Kecoh, Wanita Tiba-Tiba Meracau – “Pegang Mat Syaitan Tu!”

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias memaklumkan mengalami pelbagai sakit misteri sejak beberapa tahun lalu sehinggalah baru-baru ini beliau secara terbuka menunjukkan kesan dan luka yang dialami.

Meskipun, masih tidak menemui ubat yang mampu mengubati sakitnya itu, beliau tetap meneruskan usaha dakwahnya kepada ummah sehingga ke hari ini.

Terbaru, menerusi perkongsian video pendek berdurasi 30 saat yang dibuat oleh seorang individu yang dikenali sebagai @hafizlatif90 di Tik Tok miliknya, dia telah memuat naik satu hantaran video LIVE  ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim yang kemudiannya secara tiba-tiba terpaksa diberhentikan.

Ia susulan bagi memberi ruang kepada jemaah untuk membantu salah seorang wanita yang secara tiba-tiba meracau ketika sesi ceramah dijalankan.

“Pegang Mat… pegang. sekejap ya, ada mak cik tidak sihat dalam kelas kita,” katanya.

Menerusi video yang kini telahpun di tonton lebih 500,000 kali, dapat didengar suara wanita pertengahan usia sedang meracau dan melemparkan kata-kata sesat kepada Ustaz Kazim sehingga terpaksa dipegang oleh jemaah agar tidak mencetuskan kekecohan di dalam masjid berkenaan.

Kejadian yang berlaku itu sekaligus menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan masyarakat yang mendakwa sihir itu dihantar kepada orang lain semata-mata mahu mengacau bilaukan majlis dakwah Ustaz Kazim.

Justeru itu, ramai yang mendoakan agar Ustaz Kazim terus dilindungi dari sebarang perbuatan khianat yang boleh menjejaskan kesihatan dan kemampuannya dalam usaha dakwah yang dijalankannya selama ini.

@hafizlatif90 Ya Allah lindungilah perjuangan ustaz @UstazKazimOfficial ♬ original sound – Hafiz Latif

 

 

Sumber: Tik Tok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 May 2023
Trending Fri, 15 Mar 2019

Tembakan Pengganas Di New Zealand, 49 Orang Terbunuh

Insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang melibatkan umat Islam di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood dipercayai mengorbankan seramai 49 0rang nyawa.

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Amyra Rosli Dan Azhan Rani Dimaki Bertubi-Tubi?

Kena maki pun takpe, yang penting Nur 2 meletop! Tak Gitu?

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

error: Content is protected !!