Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 5:23am

“Saya & Anna Jobling Berbincang Mengenai Perkara Ini…” – Benar-Benar Bercinta? Ini Jawapan Meerqeen… Sampai Tersipu Nak Jawab!

Drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang menggandingkan bintang baharu, Meerqeen dan Anna Jobling benar-benar mencuri tumpuan ramai.

Bersiaran di slot Lestary TV3, naskhah yang hampir sampai ke episod kemuncak itu bukan sahaja meraih perhatian peminat tempatan, malah beberapa negara lain seperti Indonesia.

Keserasian ditonjolkan mereka membuatkan penonton mengikuti karya ini dan ada pula yang mendakwa Meerqeen dan Anna kini menjalin hubungan cinta di luar set penggambaran.

Menjawab persoalan terbabit, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, mendedahkan dia berbincang dengan Anna sebelum masuk ke set penggambaran Melur Untuk Firdaus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

“Cinta lokasi? Tak ada. Saya dengan Anna ada berbincang mengenai perkara ini sebelum melangkah ke lokasi penggambaran, apa yang boleh, apa yang tak boleh.

“Saya fikir sebab apa yang kami buat di media sosial memberi impak kepada drama ini untuk menjadi pilihan ramai. Saya dan Anna memang tak ada hubungan,” katanya kepada XTRA.

Meerqeen ditemui di majlis pelancaran wajah baharu jenama air mineral terkenal, Spritzer di Sunway Pyramid pada Khamis.

Kredit foto: Instagram Stories @nabilmahir

Kredit foto: Instagram Stories @nabilmahir

Selain itu, Meerqeen dan penyanyi Ayda Jebat dipilih menjadi ikon baharu bagi jenama terbabit.

Dalam pada itu, Meerqeen enggan mendabik dada apabila naskhah Melur Untuk Firdaus menjadi pilihan ramai sehingga meraih populariti di luar negara terutamanya di Indonesia.

“Sejujurnya, saya jangkakan Melur Untuk Firdaus akan meraih perhatian peminat di Malaysia, tapi saya tak sangka pula impaknya ‘merebak’ sehingga ke negara lain. Saya terkejut dan gembira tapi saya tak mahu berbangga diri dengan pencapaian ini.

“Saya tak nak bangga diri kerana saya tak mahu perkara itu. Saya tak suka bangga diri kerana akhirnya saya akan malukan diri sendiri. Saya takut lupa diri, jadi biarlah saya menerima perkara ini seadanya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Terima Lebih Banyak Tawaran, Melur Untuk Firdaus Ibarat ‘Batu Loncatan’ Buat Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: “Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tayang 6 Episod, Gandingan Meerqeen & Anna Jobling Buat Netizen Angau – “Boleh Tercabut Kaki Tahan Rasa Blushing!”

Selain Meerqeen dan Anna, drama Melur Untuk Firdaus ini turut dibintangi oleh Fimie Don, Nesa Idrus, Hani Nazrina dan ramai lagi

Jangan lupa saksikan Melur Untuk Firdaus setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Kes Mahkamah Wed, 10 Jan 2024

Kes Ebit Lew: Temui 90 Foto, 3 Video Lucah Dalam Telefon… 17 Daripadanya Foto Kemaluan Lelaki!

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain – Saksi kelapan

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Fri, 12 Jan 2018

FARID KAMIL DIREMAN 4 HARI, BANTU SIASATAN

Berikutan kes Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota polis dan memukul dua orang awam semalam, Pelakon dan Pengarah Farid Kamil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Komen ‘Makcik Bawang’ Buat Abby Abadi Tertekan?

Menurutnya, gambar Daiyan di tepi pantai diambil berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.

Trending Thu, 9 Apr 2020
error: Content is protected !!