Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2022 @ 6:55pm

Lambat Hebah Kehilangan Zalina Azman, Ini Respons Pihak Polis – “Tiada Rekod Pergerakan Ke…”

Kehilangan personaliti TV3, Zalina Azman sejak November lalu ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan terdekatnya.

Malah, berita mengenai kehilangan beliau yang tular sejak Isnin kini mendapat perhatian ramai pihak yang mengharapkan agar beliau ditemui dalam keadaan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Meskipun kehilangan beliau kini genap 9 bulan, namun itu tidak bermaksud pihak polis tidak menjalankan siasatan seperti yang dipersoalkan oleh segelintir warganet.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati Zalina tidak pernah melakukan pergerakan ke luar negara ataupun menerima rawatan perubatan dimana-mana hospital malah, nombor telefon beliau juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang pada November.

Selain itu, pihak polis juga turut bertukar maklumat dengan pelbagai agensi termasuklah Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi.

Dan, pertukaran maklumat ini mengambil masa yang agak lama serta membabitkan proses tertentu sebelum mendapat keputusan.

Difahamkan juga, pihak polis sudah menjalankan siasatan sebaik sahaja laporan kehilangan mangsa dibuat oleh anak lelaki beliau, Mikhael Norman, 33, pada 29 November 2021 sebaik sahaja gagal menghubungi ibunya untuk memaklumkan yang datuknya dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, keadaan rumah bekas personaliti TV3 ini juga berada dalam keadaan tidak tersusun dan pengadu turut menemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta, serta wang tunai berjumlah RM600.

Dan, hebahan orang hilang kepada umum adalah langkah terakhir dalam usaha menjalankan siasatan kes orang hilang.

“Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa.

“Ia adalah perkara biasa dalam siasatan kes orang hilang, dan hebahan ini juga membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

“Usaha mengesan mangsa memang ada dijalankan selama ini, cuma kita melipatgandakan lagi usaha berkenaan,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai kehilangan penyampai yang sinonim dengan program Money Matters ini tular selepas selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi mengenai kehilangan beliau menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

 

 

Sumber/kredit foto: BH, Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Dapat Soalan Merepek Pasal Anak, Netizen ‘Puas’ Dengar Norreen Iman Bahasakan Pengikut Instagram

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat lawaknya. Terbaharu, tular sebuah rakaman Instagram Story Norreen yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @ayymanwong yang […]

Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Saidah mengaku kenyataannya sebelum ini adalah untuk pertahankan diri

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Seriuslah…Ada Lagi Ke Filem Macam Ni Zaman Sekarang?

Tepuk dada tanya selera lah okay!

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

error: Content is protected !!