Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 21, 2022 @ 7:21pm

#SeoulSaranghae: Bakal Bergelar Pelakon, Jennie BLACKPINK, The Weekend, Troye Sivan Dan Lily-Rose Depp Bersatu Dalam ‘The Idol’

Selepas beberapa keping foto salah seorang anggota kumpulan K-pop popular Korea Selatan, BLACKPINK iaitu, Jennie tular, pihak rangkaian televisyen antrabangsa, HBO akhirnya mengesahkan bintang itu akan terlibat dalam sebuah siri berjudul ‘The Idol’.

Malah, perkara itu juga turut dikongsikan oleh pihak HBO menerusi ciapan mereka di Twitter.

Difahamkan, siri tersebut adalah hasil idea The Weekend dan ‘Euphoria’ iaitu Sam Levinson.

“Selepas sebulan spekulasi timbul, akhirnya Jennie BLACKPINK bakal muncul dalam siri terbaru berjudul The Idol.

“Tawaran itu telah diterima oleh pihak Jennie pada Jun lalu namun, perkara tersebut tidak dihebahkan sehinggalah pihak HBO memberi pengesahan mengani perkara tersebut,” katanya.

Namun, pihak HBO masih belum mengumumkan mengenai tarikh sebenar tayangan program berkenaan.

Untuk makluman, The Idol turut dibintangi oleh The Weekend, Troye Sivan dan anak kepada Johnny Depp iaitu, Lily-Rose Depp.

 

 

Sumber: Soompi, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 18 Nov 2024

Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

“Kalini dia sakit aku terima dia. Sebab Insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata” – Kiah Propa

Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Featured Mon, 10 Nov 2025

Siti Nordiana Tampil Muzik Irama Malaysia, Impian Selama 2 Tahun Tercapai – “Single ‘Ahai’ Memang Jiwa Saya”

Penyanyi popular Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, kembali mencuri perhatian peminat menerusi single terbaharunya berjudul ‘Ahai’.

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

error: Content is protected !!