Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 30, 2022 @ 10:42am

Netizen Kutuk Hodoh Pakai Baju Oren, Fazley Yaakob ‘Bahasakan’ Di Instagram – “Saya Dah Maafkan, Nak Belanja Dia Makan!”

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dihubungi oleh pihak majikan pengguna Twitter yang menulis perkara kurang manis mengenai dirinya ketika hadir di sebuah majlis keusahawanan baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Cerita Asmara ini, mereka telah berdiskusi mengenai kejadian terbabit dan memohon agar ia tidak berulang lagi.

Sebelum ini, Fazley menerusi platform Instagram tampil menegur tindakan seorang individu yang mengkritik busananya ketika hadir di acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Tulis individu berkenaan di laman sosial Twitter; “Fazley Yaakob buat apa tah duduk kat pintu je. Dah la pakai baju oren. Huduh betul.”

“Individu itu menulis di media sosial ‘apa yang Fazley Yaakob buat kat sana dengan baju hodoh?’

“Dia tak tahu saya adalah salah seorang speaker untuk program keusahawanan itu. Ada peminat yang berikan saya tweet berkenaan.

“Saya pun memakai baju rekaan pereka fesyen terkenal, Razman Razmi, jadi saya tahu baju itu tidak bermasalah.

“Saya tahu budaya di Twitter, perkara yang tak diperkatakan dan kemudiannya diperkatakan, akan dapat perhatian atau ‘clout’.

“Saya maafkan, saya tak ada masalah pun. Tapi, bila saya duduk pun dia masih ambil gambar saya, dia tweet lagi… Saya mula perasan dia berada dalam dewan dan sebahagian daripada urusetia.

“Saya tegur di Instagram tapi saya dah maafkan dia. Akhirnya, majikan dia menghubungi saya dan memohon maaf. Saya baik-baik sahaja, malah saya ada ajak dia dan majikannya ke restoran saya untuk saya belanja makan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley juga memohon agar semua pihak menggunakan internet dengan berhemah dan tidak menyakiti mana-mana pihak.

“Personaliti saya di Twitter sedikit berbeza, perangai saya lain dalam aplikasi terbabit. Semakin orang kutuk, semakin orang kritik, saya akan suka melayan mereka. Jika mereka mahu perhatian, saya akan berikan.

“Saya tak ada masalah dengan netizen. Malah, saya maafkan mereka yang mengutuk saya. Tapi saya mohon kepada semua netizen, berhati-hatilah. Ramai mata yang memandang dan kita ada undang-undang siber.

“Sebelum buat apa-apa perkara di internet, sebelum memuat naik sebarang hantaran, fikir impaknya pada diri sendiri,” katanya lagi.

Fazley ditemui di majlis pelancaran menu baharu kolaborasi antara Revenue Valley dan myBurgerLab di The Manhattan Fish Market, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kolaborasi ini bakal menampilkan menu burger myBurgerLab di cawangan restoran The Manhattan Fish Market, Tony Roma’s, NY Steak Shack dan Nice Catch by MGM!

Antara menu kolaborasi ini adalah Mike’s Salsa Burger, Snappin’ Budu Burger, Royal Stacked Burger, The Dancing Hulk Burger dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Featured Fri, 25 Jul 2025
Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!

Hiburan Tue, 5 Aug 2025
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Betul Ke Sissy Iman Pilihan ‘Makcik-Makcik’?

Takpelah…asalkan ada pendengar. Okay lah kan?

Trending Sun, 8 May 2022
Hiburan Tue, 10 Sep 2019
Featured Fri, 5 Jun 2026

“Rezeki Aku Bukan Dari Manusia, 100 Peratus Datang Dari Allah ”- Fimie Don Tampil Perbetul Persepsi

Fimie Don menepis pendapat segelintir pihak yang menganggap rezeki yang diperolehi seseorang adalah hasil bantuan dari manusia.

error: Content is protected !!