Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 31, 2022 @ 4:43pm

Puas Hati! Jualan Dijana Sehingga 5 Kali Ganda, Kiddocare Gembira Dengan Perkhidmatan REV Ad Manager

Menjaga dan membesarkan anak-anak bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Sebagai ibu bapa yang bekerja, pasti kita mempunyai tanggungjawab dan tugasan yang perlu dilakukan dan pada waktu yang sama perlu pandai membahagikan masa dengan kehidupan di rumah terutamanya apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian penuh anda sepanjang masa agar mereka dapat membesar dengan baik.

Tetapi, pasti ada suatu ketika di mana anda perlukan bantuan, misalnya jika anda perlu meninggalkan rumah untuk beberapa jam, untuk menyelesaikan beberapa perkara penting seperti berurusan di bank atau atas apa jua sebab, bukan?

Di sinilah anda boleh menggunakan khidmat Kiddocare, sebuah platform dalam talian yang menghubungkan para ibu bapa dengan pengasuh terlatih.

‘Dapatkan pengasuh, pada bila-bila masa, di mana sahaja’. Jadi sama ada anda melakukannya bersendirian, atau bersama pasangan, Kiddocare bersedia untuk menghubungkan anda dengan pengasuh-pengasuh terlatih Malaysia.

Kami tahu bahawa menjalankan iklan di media sosial sahaja tidak mencukupi. Jadi bagaimana mereka ingin menarik perhatian para ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini dengan kadar yang berpatutan?

Kiddocare bekerjasama dengan REV Ad Manager (RAM), satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Objektif mereka untuk mendapatkan pelanggan baru bagi perkhidmatan mengasuh anak berjaya dicapai setelah mereka menjalankan kempen bersama RAM.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Dengan hanya menjalankan sebuah kempen menggunakan jenis iklan Prestasi (Mobile Sticky Bottom), CTR (click-through rate) mereka telah meningkat kepada 5% (melebihi tanda aras).

‘Sangat mengujakan apabila kami dapat mengenal pasti profil audiens keluarga yang betul dan cadangan saluran yang tepat untuk iklan kami, dan hasilnya kami berjaya meraih 5x peningkatan dalam jualan”, kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff.

Tambahnya lagi, ‘Akses kepada RAM telah membolehkan kami untuk berkembang lebih dari iklan media sosial bagi memastikan capaian jenama kami pada kadar yang berpatutan.

Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerja dengan RAM:
1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT
3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.

1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.

Hubungi kami untuk khidmat REV Ad Manager supaya anda juga boleh menjalankan kempen yang berkesan lebih daripada media sosial. Tarik perhatian pelanggan anda di laman web premium tempatan Malaysia dan sokong ekosistem tempatan. Layari https://revmedia.my/rev-ad-manager/.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Kisah Pemandu Grab Kurang Upaya Jadi Inspirasi

Ingat, jangan sesekali memandang rendah diatas kesusahan orang lain kerana, kita tidak tahu apakah ujian yang bakal kita hadapi kelak

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Edika Yusof didakwa dah rujuk dengan bekas isteri, kapsyen curi tumpuan

Trending Wed, 13 Mar 2019

猪界传奇! 「猪卡索」一幅画卖1万6000令吉

猪界传奇!天才「猪卡索」超有才华,一幅画售价1万6000令吉。

Featured Sat, 28 Sep 2024

Didakwa Halang Fattah Amin Hampiri Fazura? Bodyguard Tampil Bersuara – “Kau Jangan Main Tulis Ikut Sedap Kau”

Tak baik taumain serkap jarang macam ni… main tuduh ikut sedap mulut je!

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Sat, 6 Aug 2022
error: Content is protected !!