Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 1, 2022 @ 6:47pm

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu memohon agar urusannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa dipermudahkan.

Belum mendedahkan secara spesifik tarikh nikah mereka, timbul desas desus pasangan ini bakal berkahwin pada tanggal 16 September ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Idayu berkata berita itu bakal dikongsikan tidak lama lagi pada acara istimewa yang dbakal dijalankan pada 21 Ogos ini.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi. Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.

“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar. Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami,” katanya.

Menurut Mas Idayu, persiapan menjelang hari bahagia itu semuanya hampir siap.

“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap. Untuk masa sekarang, Alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.

“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya. Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Pada Mei lalu, Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis hantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.

Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian Isa saling berkenalan sejak program Mentor 3 pada 2008 tetapi baru sahaja menjalinkan hubungan secara serius sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, pada April lalu, Mas Idayu mendedahkan bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Jan 2022
Trending Thu, 17 Oct 2019

Cristiano Ronaldo Is Officially The Richest Celebrity On Instagram!

You’ll be surprised to find out who else on the list..

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Wed, 29 May 2024

Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga ia jadi pengajaran buat semua.😎

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Awal, Scha Kongsi Tip Cari Rumah Idaman

Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Hafiz Suip Akui Gagal Kawal Sifat Amarah Punca Diri & Keluarga Hancur 

Hafiz Suip Kesal Sifat Amarah Hancurkan Rumah Tangga

Hiburan Fri, 27 Mar 2026
TECH Tue, 18 Sep 2018
error: Content is protected !!