Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 3, 2022 @ 6:48pm

[VIDEO] “Senyum Lebar!”- Kru Dedah Disebalik Tabir Babak Hayfa Kena Cerai Talak 1… Netizen Puas Hati Lakonan Mantap Ummi Nazeera!

Drama Risik Pada Hati gandingan tiga pelakon hebat tanah air berjaya menitiskan air mata penonton yang terkesima melihat babak Hayfa dilakonkan oleh Ummi Nazeera diceraikan oleh suaminya dengan talak satu dalam episode 27, semalam.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, sehingga kini babak tersebut masih menjadi sebutan orang ramai di seluruh pelusuk media sosial, rata-rata daripada mereka puas melihat Hayfa bangkit meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini.

Ramai penonton dramatis ini turut meluahkan rasa berang terhadap Adam, lakonan Aliff Satar yang seakan lupa pada pengorbanan Hayfa yang terpaksa hidup bermadu bersama Aisya, dibawa oleh Zara Zya untuk memiliki zuriat hasil daripada benihnya.

Dalam pada itu, sebuah video yang memaparkan babak Hayfa diceraikan Adam tular di aplikasi TikTok menerusi akaun salah seorang kru produksi drama Risik Pada Hati telah mencuri perhatian netizen.

@ajuahmad_ Let me go 🔥🔥 LAST skali tu senyum puas 😝 sape tgk ulang lebih 3x kite geng 🤝 #behindthescenes #episode27 #risikpadahati #zamriezgoldenpicturessdnbhd #Akasiatv3 #tv3malaysia #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ Aku Wanita Biasa – Krisdayanti & Anang

Di akhir video tersebut, Ummi Nazeera tersenyum lebar setelah selesai bertikam lidah untuk babak berkenaan dilihat tampak sangat puas apabila berjaya melemparkan isi hatinya yang perit terpendam lama.

“I dah penat berkorban untuk you. I yang berkorban untuk you. Tapi you sibuk dengan perasaan perempuan ni!

“You think I’m done? After all I’ve done for you. This is not even half of what I’ve been feeling. You Sibuk dengan perasaan perempuan ni you ingat i patung ke apa. Tunggu you harap you untuk cintakan I. I am your first wife, I’m supposed to be your first love!,” dialog Hayfa yang trending di Twitter.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen di mana ramai dalam kalangan mereka memuji lakonan mantap yang ditonjolkan oleh Ummi Nazeera yang sangat berkualiti.

Sementara itu, Nadiya Nisaa selaku rakan baik kepada Ummi Nazeera turut mengakui dia sentiasa menjadikan aktres hebat itu sebagai role model yang pertama dalam industri hiburan.

“Pelakon macam Ummi (sebab saya dah pernah tengok dia berlakon depan-depan) skill untuk fokus dan imaginasi dia sangat tinggi. Kalau roh watak tu dah masuk, sampai orang sebelah pun akan terasa.

“For me, she is still no.1 in my list of actress in a leading role,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

Jangan lupa tonton drama Risik Pada Hati episode akhir malam ini di  Slot Akasia TV3 jam 7 malam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Featured Thu, 4 Aug 2022

Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Apapun, kita kena tunggu respons tuan empunya badan dulu. Kita doakan yang baik-baik je okay.

Hiburan Tue, 14 May 2019

Elak Stress, Ajak Mengaku Tak Pernah Baca Komen Di IG

Pada awalnya bila Altimet tanya sama ada saya berminat untuk menyanyikan lagu Yang Mano, saya sendiri tidak yakin.

Trending Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Kita doakan semoga Izzue cepat sembuh okay!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Featured Tue, 13 Feb 2024
Trending Tue, 22 Dec 2020
error: Content is protected !!