Kisah Viral By: Fatin Nurain August 7, 2022 @ 10:19am

Aktivis Perubatan & Netizen Berang Lelaki Suap Vape Pada Bayi!

Aktivis perubatan  Dr Megat Mohammad Amirul Amzar, dan netizen berang selepas sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki ‘menyuapkan’ rokok elektronik vape ke mulut seorang bayi tular di media sosial, baru-baru ini.

Kebanyakkan orang awam berasa kurang senang dan mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki itu bersama pihak lain yang sama terbabit.

Menerusi video berdurasi berdurasi 16 saat itu, lelaki berkenaan bertindak memasukkan muncung vape ke mulut bayi yang berada di atas pangkuannya sambil dirakamkan oleh seorang wanita yang mentertawakan tindakan tersebut.

“Pecah rekod ah Abi.. pecah rekod nanti, nanti you sedut,” katanya.

Menurut Dr. Amirul, yang juga EXCO Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia (M3),  perbuatan itu jelas membuktikan yang negara sememangnya memerlukan satu dasar lengkap bagi memastikan generasi muda bebas daripada bahaya rokok dan produk tembakau lain.

“Memang ada sebab kenapa ada undang-undang. Sebab, di dunia ini bukan semua manusia bijak. Bukan semua manusia ada prinsip moral yang betul dan bukan semua manusia dapat peluang belajar benda betul.

“Tular satu video seorang lelaki, yang bergelar abi, saya kira ayah, suapkan vape kepada bayinya. Yang rakam, mungkin ibu. Industri vape sepatutnya tidak dibenarkan bertapak di dunia ni. Dilarang terus bagi mengelakkan perkara macam ini berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Amirul turut meluahkan rasa kesal apabila ada sesetengah pihak yang tidak menyokong Dasar Generasi Penamat (GEG) yang diperjuangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter, lelaki yang tular itu tampil memperkenalkan dirinya sebagai Haikal, mendakwa rokok elektronik itu tidak berfungsi dan mengakui bayi itu bukan anaknya.

“Salah saya, salah kami, dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafkan kepada semua yang sama ada notice atau tak statements ni,lepastu yang bagi statement saya bapak kepada budak tersebut itu salah, saya bukan bapak dia,” katanya

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, telah membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Dewan Rakyat dan akan dijadual dibentangkan lagi minggu ini bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin itu, pada 27 Julai lalu.

Antaranya RUU itu memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 atau generasi penamat (GEG) dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.

Minggu lalu, Dewan Rakyat bersetuju RUU tersebut, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan sebelum dikuatkuasakan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

Trending Mon, 15 Apr 2019

研究:经常打坐和运动增强职场优势

在当今竞争激烈的大环境里,几乎每个人都日复一日地处在高科技时代的压力及疲惫不堪中,随之而来的是无法投入工作所带来的不安全感和不稳定感。如何摆脱这种状态呢?

Hiburan Sun, 22 May 2022

“Saya Beli Dengan Titik Peluh Sendiri” – Amar Baharin Bengang Dengan Pihak Pengurusan Rumah

Amar Baharin bengang tidak dibenarkan membuat pengambaran di rumah miliknya sendiri.

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua UTC Di Seluruh Negeri Dibuka 15 Jun Ini

Buat korang yang nak renew IC ataupun buat passport tu, take note!