Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2022 @ 6:27pm

“Saya Cuma Chef Wan…”- Tak Suka Dilabel Sebagai Chef No.1 Negara, Sikap ‘Humble’ Chef Wan Dipuji Netizen

Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, 64, menganggap gelaran ‘lagenda nombor satu’ yang diberikan kepadanya itu sebagai keterlaluan.

Chef Wan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya selepas foto papan iklan tersebut dihantar kepadanya oleh seorang rakan yang pada ketika itu berada di Jonker Street, Melaka.

“Jujur saya cakap, saya memang tak suka semua perkataan legenda nombor satu negara dan macam-macam lagi.

“Kenapa lah PR Co saya pergi letak semua itu kerana ia hanya akan memalukan saya.

“Walaupun sudah lebih 30 tahun dalam industri ni tetap ramai yang tanya kenapa tak guna Datuk dan Doktorat dan ia selalu berlaku, terlampau kerap.

“To me dah dapat gelaran itu sudah lah… tak perlu dicanang sangat. Mereka semua dah tahu,” katanya.

 

 

Sementara itu, Chef Wan juga memaklumkan, sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menggunakan gelaran itu, dia sedikit pun tidak akan berasa kecewa.

Bahkan, pemenang gelaran Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards ini berharap agar jika selepas ini terdapat mana-mana papan iklan dan sebagainya yang menggunakan namanya perlulah mendapat kelulusan daripada beliau terlebih dahulu.

“Jika mereka tidak gunakan gelaran itu tidak mengapa, saya tidak akan berasa kecewa.

“Lepas ini kalau nak keluar iklan macam ni mesti revert kepada saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Saya bukan nombor satu  tapi saya cuma Chef Wan,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau tertarik dengan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh figura masakan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Mon, 20 Aug 2018
Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Featured Sat, 28 Jun 2025

Imran Aqil Sedih Anak Sulung Dijangkiti Covid-19

Imran pada mulanya berpendapat anaknya itu hanya mengalami bronkitis.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Muka Calar-Balar, Anak Aaron Aziz Cedera Teruk?

Apa sebenarnya yang dah jadi ni?

Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

error: Content is protected !!