Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 10, 2022 @ 6:22pm

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

Penyanyi Iman Troye dikatakan sukar untuk memberi kerjasama sejak mencapai populariti selepas lagunya yang berjudul Teman berjaya mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Bukan itu sahaja, Iman juga dikatakan sukar untuk dihubungi sama ada secara panggilan mahupun kiriman mesej jika terdapat perkara penting yang ingin dimaklumkan kepadanya.

Memetik laporan BH Online, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin kini menerima banyak rungutan daripada pelbagai pihak.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Iman menafikan dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya yang mengatakan dirinya telah berubah selepas mencapai populariti.

“Sebenarnya nombor digunakan termasuk nombor untuk keluarga, teman rapat dan kerja. Jadi, agak mustahil untuk saya membelek satu demi satu mesej dihantar, terutama jika mesej dihantar serentak.

“Ada kala, emak pun tak tahu saya berada di mana, sedangkan di rumah.

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi. Saya juga minta maaf bagi pihak pengurusan, insya-Allah, kami akan memperbaiki kelemahan berlaku,” katanya kepada BH Online.

Jelasnya lagi, dia mengakui bahawa ada kalanya dia terlepas pandang dan juga terdapat nombor yang tidak dikenali menghubunginya.

“Apa yang berlaku disebabkan saya terlepas pandang. Ada ketikanya, ada juga nombor tidak dikenali menghantar mesej,” jelasnya.

Untuk info, Iman merupakan pelajar jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dia juga pernah muncul di papan iklan Times Square.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Nov 2017

Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini terganggu di laluan KTM dan ETS

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Mungkin Bersatu Jika Ada Jodoh

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan.

Hiburan Thu, 23 May 2019

Mira Filzah Trauma Penembak Sebut “Baby Sayang”

Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, apa yang terjadi adalah di luar kawalan dirinya.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

‘ Saya Mungkin Tidak Layak, Tapi Atas Izin Allah,’ Wany Hasrita Luah Rasa Lepas Menang Besar

Rezeki tak pernah salah alamat kan? Walaupun merupakan pendatang baru dalam bidang nyanyian, Wany yang bebas segala kontroversi dan disenangi ramai pihak membuatkan dia berjaya menenggelamkan nama-nama besar malam tadi.

Trending Wed, 16 Jun 2021
Events Sat, 11 Jan 2020

The Ultimate “Kawaii Metal” Rock Band BABYMETAL Is Coming To Malaysia!

More great things are coming in 2020 and we are excited!

error: Content is protected !!