Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2022 @ 6:59pm

[VIDEO] “Itu Normal, Boleh Jadi Masalah Genetik…” – Fatin Afeefa Menangis Dikritik Leher ‘Berkerak’, Netizen Tampil ‘Backup’ & Beri Sokongan!

Heboh di ruangan media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan aktres Fatin Afeefa menangis ketika membuat live di TikTok miliknya.

Difahamkan, Fatin mengalirkan air mata selepas membaca komen netizen yang mengkritik rupa lehernya itu didakwa ‘berkerak’ dan ‘bergaris’.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu dilihat Fatin seakan bersembunyi daripada tontonan umum lalu berjuraian air mata ketika sedang menunjukkan tutorial mekap.

“Tadi i tengok live Fatin Afeefa lepas tu ada orang comment dekat live dia ‘LEHER BERKERAK’. Dia (Fatin) nangis je sepanjang live tu dan ganggu mood dia nak mekap.

“Dia cakap, kalau ada duit dia pergi betulkan leher dia tu. Dengan aku sekali menangis. Kenapa awak semua kejam dengan dia?,” tulis di dalam video tersebut yang dimuat naik oleh pengguna TikTok.

Menerjah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memohon ramai pihak untuk menghentikan buli siber terutamanya apabila menyentuh isu sensitif seperti mengkritik fizikal seseorang.

Ada juga segelintir netizen yang cuba memujuk Fatin dengan berkata perkara tersebut adalah normal dimana boleh berpunca daripada masalah genetik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Wow, bukan sikit ya jumlah yang disumbangkan!

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Ditonton 5.2 Juta Penonton

Kami cukup berbangga dengan penglibatan mereka sehingga hari ini, kerana ini membuktikan bahawa masyarakat kita amat mengambil berat tentang industri drama tempatan.

Featured Wed, 15 May 2024
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!