Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 12, 2022 @ 4:26pm

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sedang hangat diperkatakan oleh pengguna laman sosial tentang hubungannya dengan pelakon Wan Sharmila.

Susulan keakraban pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku dengan ibu Shuib, Salamiah Jalani pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 8 Ogos lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad memberitahu pernah bekerjasama beberapa kali dengan Wan Sharmila.

“Dengan Wan Sharmila kami pernah ‘shooting’ (penggambaran) sekali Sepahtu Reunion. Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri.

“Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali. Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

“Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri,” katanya.

Menurut usahawan BubbleBee Malaysia, ibunya adalah peminat Wan Sharmila dan teruja berjumpa pelakon itu buat pertama kali di majlis tahlil pemergian isterinya.

“Mak saya memang minat Wan Sharmila. Dia suka tengok Wan Sharmila berlakon. Mak-mak kita kan suka tengok drama sebelah petang, jadi dia memang suka Wan Sharmila.

“Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar,” katanya.

Pada masa sama, Shuib mengakui ada berbincang soal jodoh jika sudah ditentukan Allah.

“Kalau nak cerita bab jodoh, memanglah kita ada bincang dan borak-borak dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan mama, tapi macam yang mama cakaplah dia memang nak tengok anak dia gembira saja.

“Jadi, dari segi bab pengganti atau sekarang ini saya berkawan dengan siapa atau pilihan itu siapa, insya-Allah, mama memang serahkan kepada saya. Dia punya motif itu saja nak tengok anak dia bahagia dan gembira,” katanya.

Terdahulu, ibu Shuib berkongsi gambar bersama Wan Sharmila yang menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Shuib.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 6 Mar 2025

“Ziana Zain Mempunyai Portfolio Yang Panjang Bersama Kami” – Rizman Ruzaini

Ziana Zain memberikan respons positif dan menggemari koleksi yang dihasilkan.

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Trending Tue, 31 Dec 2019
Featured Fri, 12 Dec 2025

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

error: Content is protected !!