Events By: Salma Syahbuddin August 12, 2022 @ 6:49pm

Didakwa Pernah ‘Mengkafirkan’ Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Diwakili Peguam Siti Bainun

Selepas hampir dua tahun kes saman fitnah siber melibatkan Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ari terhadap seorang personaliti televisyen, PU Faiz atau nama sebenarnya, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli berlangsung, hari ini Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan mengenai kes tersebut.

Mahkamah hari ini mengarahkan agar PU Faiz selaku defendan membayar pampasan kepada Ustaz Abu Syafiq selaku plaintif setelah beliau gagal membela diri.

Ustaz Abu Syafiq yang diwakili peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, hakim perbicaraan mendapati defendan yang juga seorang pempengaruh media sosial yang aktif dilaman Facebook bertanggungjawab, kerana siaran dan komenn-komen dibuat defendan bersifat fitnah.

“Melalui penghakiman, Mahkamah memutuskan bahawa kandungan siaran oleh defendan bahawa anak guamnya iaitu Ustaz Abu Syafiq telah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew dan lain-lain pernyataan adalah fitnah.

“Sekaligus menyebabkan anggapan bahawa beliau suka mengkafirkan orang lain, melanggar syariat islam, melakukan sesuatu yang keji, jahil dan tidak mahu menerima ilmu, seorang pemfitnah, berperangai celaka, biadap, tidak mempunyai akhlak seperti seorang ustaz, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai dan hanya berkata-kata kosong,” katanya.

Tambah Nurul Hafidzah lagi, anak guamannya itu juga turut difitnah di dalam Whatsapp yang dinamakan sebagai ASWAJA Nusantara dan juga dalam satu siaran pautan menerusi akaun Facebook  yang dimuat naik defendan pada Julai 2020.

Oleh itu, Mahkamah bersetuju agar tuntutan yang dikemukakan oleh plaintif telahpun berjaya dan memerintahkan agar defendan membayar ganti rugi  am serta merta.

Bukan itu sahaja, PU Faiz turut dikenakan faedah ke atas ganti rugi pada kadar lima peratus dan tarikh pemfailan. Malah, pihak Mahkamah juga mengarahkan semua fitnah yang dibuat oleh defendan perlu dikongsi ulang dalam permohonan maaf dan disiarkan di media sosial, Facebook secara umum sehingga tarikh yang telah dipersetujui.

Malah, defendan juga diberi injunksi, melarang sama ada dirinya, orang suruhan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyumbang kepada sebarang bentuk kenyataan fitnah, memalukan dan menjatuhkan reputasi plaintif.

Terdahulu, pada Januari 2022, Ustaz Abu Syafiq turut menang kes saman fitnah siber membabitkan seorang individu bernama, Hamidah Rapaee.

Manakala, kes saman fitnah beliau ke atas pengacara televisyen, Amin Idris masih berlangsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Tolonglah jaga diri kita sendiri, tak usahlah kita terlibat – Ustazah Asma’

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Trending Sun, 29 Jul 2018

Tak Sampai 24 Jam Muatnaik Status Tawan Gunung Rinjani, Gadis Ini Pergi Menghadap Illahi…

Allahyarham merupakan salah serang mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi Ahad.

Events Wed, 20 Nov 2019

丁当「假戏真做」和王柏森关系真如父女!深情告白连粉丝都流泪

Della丁当、王柏森和陈乃荣为音乐剧《搭错车》提前抵马出席粉丝交流会;活动上丁当对着「父亲」王柏森深情告白,感动得连粉丝都不禁流泪。