Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain August 15, 2022 @ 6:58pm

Teater Tanjong Perkenalkan Bakat Zamir Rashidi Ke Pentas Berprestij

Mempunyai minat yang mendalam terhadap seni lakonan teater, pelakon baharu, Zamir Rashidi terus diangkat sebagai watak utama sebagai Anjang menerusi teater Tanjong.

Menurut Zamir, pementasan Tanjong ini merupakan teater pertama yang memperkenalkan bakat lakonannya sejak tahun 2019.

“Memang minat berlakon teater. Asalnya daripada saya tengok sendiri teater Dendam Laksamana di Kuala Lumpur dan memupuk minat.

“Tanjong ini first teater, tapi saya dah buat teater ni dari 2019 sebenarnya. Dalam tempoh tu juga, ada satu teater digital yang saya buat iaitu Si Bongkok Tanjung Puteri menerusi platform YouTube,” katanya.

Biarpun teater ini merupakan teater pertamanya, Zamir menyifatkan watak Anjang ini agak berat dan sukar untuk dibawa kerana perlu mengekspresikan pelbagai emosi.

“Watak Anjang ni sebenarnya satu watak yang berat dia mempunyai pelbagai emotion. Dia bukan seorang yang sayang dengan adat je tapi ada watak seorang watak yang bercinta. Sebab dalam cerita tu ada percintaan,” katanya.

Sebelum ini, teater ini juga telah dipentaskan sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun ini.

Tambah Zamir, buat masa sekarang dia ingin menumpukan minatnya sebagai pelakon teater sahaja, tapi tidak menolak jika diberi peluang untuk ke peringkat komersial.

“For now, saya memang minat berlakon teater. Tapi kalau diberi peluang untuk berlakon komersial apa salahnya, sebab ada juga minat ke arah itu.

“Sebab ada a few pelakon komersial yang saya minat dan ingin berlakon macam mereka seperti Reza Rahadian dan Cillian Murphy,” jelasnya kepada XTRA.

Terdahulu, pihak Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan telah mengumumkan untuk mempersembahkan teater ini di pentas berprestij Istana Budaya, pada 9 hingga 11 September 2022 ini.

Teater ini diadakan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta mengangkat budaya adat perpatih untuk mendidik masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat Budaya Adat Perpatih, Teater Tanjong Bakal Dipentaskan Di Istana Budaya September Ini!

Orang ramai boleh mula membeli tiket pementasan dengan harga RM50, RM70 dan RM100 serta pembelian terawal akan diberikan diskaun sebanyak 10%.

Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang https://ilassotickets.com/event/tanjong/ atau https://www.kelabteaterasar.com.my/teater-tanjong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Tahan kontraksi pun comel. Macam mana tu?

Anugerah Mon, 9 Jan 2023

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Tahniah Jufferi! Sememangnya layak digelar Ikon Sukan!

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Nam Ron Tolak Watak P*dofilia Demi Jaga Emosi Diri

“Saya terpaksa tolak watak itu, bagi saya, ia akan menyakitkan secara dalaman” – Nam Ron.

Trending Fri, 19 Oct 2018

Kes Langgar Lari, Empat Pelajar Universiti Ditahan!

Penahanan mereka dibuat kira-kira jam 12 tengah malam tadi membabitkan suspek warga Yaman di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Featured Thu, 20 Oct 2022

Dikritik Pakai Rantai, Individu Dakwa Shuib Berubah? – “Sejak Arwah Tak Ada Jadi…”

Alamak, betul ke Shuib dah berubah ni? Perasaan korang je kot

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Empat Protege Mara Ke Final Mentor Milenia 2019, Tahniah!

Tahniah buat semua protege yang berjaya ke pentas final Mentor Milenia 2019!

error: Content is protected !!