Featured By: Aqilah Paharuzi August 16, 2022 @ 9:00pm

Perceraian Mizz Nina & Noh Salleh Didakwa Sebab Orang Ketiga, Wanita Ini Tampil Buat Pendedahan – “Saya Memang Personally Kenal…”

Konflik rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak dinafikan telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka secara umum telah memaklumkan perceraian pada 4 Ogos lalu.

Susulan itu, nama penyanyi vokalis kumpulan Hujan hangat diperkatakan serta didakwa bermain kayu tiga dibelakang Mizz Nina.

Berita Noh didakwa curang heboh di serata media sosial sehingga ramai dalam kalangan netizen yang membuat spekulasi mereka bercerai disebabkan perkara tersebut.

Terkini, seorang individu bernama Izzaty Jamal yang dipercayai merupakan kenalan rapat Noh tampil menjelaskan mengenai kisah sebenar yang melanda kemelut rumah tangga Noh dan Nina menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 41 saat.

“Saya memang personally kenal Noh, sebab Noh dan abang ipar saya adalah Bandmate. Kami selalu jumpa dan melepak.

“Selepas Noh dan Mizz Nina umum yang mereka dah tak bersama, banyak sangat spekulasi yang mengatakan Noh Salleh ada scandal. Betul ke?

“Jawapan dia, tak ada pun. Tiada perempuan kedua, perempuan ketiga. Saya cakap perkara ni bukan sebab saya backup Noh, tidak.

“Saya kenal dia, mulut netizen suka buat spekulasi asal boleh selak mereka selak kain orang tu. Jadi disini, saya nak beritahu sebagai kenalan Noh Salleh bahawa dia tak ada perempuan simpanan.

“Dia dan Mizz Nina berpisah secara baik, tiada pergaduhan angin dan ribut. Cuma bila Allah SWT kata dah tiada jodoh, maka tiadalah jodoh,” katanya di TikTok miliknya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 7,000 tanda suka.

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perceraian Bukan Kerana Satu Pihak Jahat” – Netizen Turut Sedih Dengan Perpisahan Noh Salleh & Mizz Nina

Artikel Berkaitan: Sah Cerai! Noh Salleh Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Berpisah Dengan Mizz Nina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Bekas Kekasih Kahwini Syahrini, Luna Maya Tetap Kuat

Dah tiada jodoh, sabarlah Luna…Insya Allah ada jodoh baik menanti lepas ni.

Featured Fri, 7 Oct 2022

Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar  – “Mereka Lebih Tahu”

Kalau mengaku pun kena kecam, kalau menafikan pun sama juga – Eyka Farhana

Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.

Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah

Trending Tue, 9 Mar 2021
Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Featured Wed, 22 Apr 2020