Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 16, 2022 @ 3:33pm

“Saya Pantang Orang Kacau Keluarga Saya” – Isteri Aizat Amdan Terkejut Dengan Komen Netizen

Isteri kepada penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia membuat teguran secara terbuka terhadap segelintir netizen yang melemparkan komen yang memerli bentuk badan dan menghina keluarganya.

Memetik laporan Getaran, bergelar isteri kepada penyanyi terkenal tanah air dia tidak dapat lari daripada menerima tempias populariti suaminya dan sering menjadi perhatian orang ramai terutama di platform media sosial.

“Saya tak kisah orang tegur tentang perangai saya, tapi jangan sentuh tubuh badan saya. Saya berpendapat kita tidak patut hakimi orang berdasarkan kepada apa dia pakai, tapi kita hakimi seseorang kerana perangai dia.

“Saya tak suka tak apa, jangan cakap benda yang kejam di laman Instagram saya,” katanya.

Menurut Elyssa yang juga merupakan pengurus Aizat mendedahkan komen tersebut bukan sahaja mengeluarkan kata-kata biadap terhadap dirinya dan turut menghina ibu bapanya.

“Ada juga yang cakap benda menyakitkan hati terhadap ibu bapa saya. Kerana pakaian saya, ada yang tuduh bapa saya tak ajar saya sembahyang. Saya mungkin okey, tapi mak ayah saya tak okey.

“Saya pantang orang kacau keluarga saya. Nak kata saya bodoh ke bangang, I’ll take it tapi jangan sentuh keluarga saya dan tubuh badan saya.

“Memang pakaian saya orang kata tak cukup kain. Tapi saya cuba ubah sedaya upaya. Saya percaya untuk berubah, ia haruslah bermula melalui hati dahulu. Buat apa saya pakai tudung tapi tak sembahyang, merokok dan biadap?,” ujarnya.

Terdahulu, Elyssa sah menjadi isteri Aizat dengan hanya sekali lafaz sahaja pada Ahad lalu di A-Park, Puchong.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Mar 2025
Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Tak Nak Berhutang, Tiada Komitmen Tinggi” – Anzalna Nasir Mahu Hidup Tenang, Nikmati Masa Bersama Keluarga

Menurut Anzalna, dia kini lebih selesa menikmati kehidupan dengan melakukan perkara yang membuatkannya gembira termasuk melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Events Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Thu, 25 Apr 2024
TECH Tue, 13 Nov 2018

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Penggunaan ‘hard disk’ amat terkenal pada abad ini. Banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda ingin membeli ‘hard disk’.

Featured Fri, 13 Sep 2024

Ejen Ali The Movie 2 Tampil Kelainan, Telan Kos Sehingga RM10 Juta

Tak sabarnya nak tengok Ejen Ali😍😍 Bangkit satria!

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Wah, Aliff Syukri bergabung dengan Sally Whoo!

error: Content is protected !!