Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2022 @ 8:38pm

Ernie Zakri Tak Keruan Tinggalkan Anak – “Tiap Kali Tengok Gambar Je, Meleleh Air Mata”

Penyanyi popular, Ernie Zakri mengakui sejak bergelar ibu, dia sentiasa sedih dan kerap mengalirkan air mata jika terpaksa meninggalkan anaknya, Nur Khawla Soleha atas urusan kerja.

Namun, pada masa yang sama, Ernie turut bersyukur kerana dikurniakan Syamel yang menjadi suami terbaik dalam membantu urusan penjagaan puteri sulung mereka.

“Setiap kali keluar bekerja, tipulah kalau tak rasa sedih. Tambahan pula, saya ke Jakarta dan Bandung, Indonesia untuk tujuan mempromosikan single berjudul Hal Hebat.

“Tapi, bila fikir kena tinggalkan Khawla selama enam hari cukup buat saya sedih. Sehinggakan, kalau tengok gambar pun boleh meleleh air mata lagipun, dia dah pandai macam-macam sekarang ni.

“Dan saya bersyukur sangat sebab suami banyak membantu kalau dia ada masa terluang. Dan ibu saya pun akan datang untuk jaga dan tengok-tengokkan Khawla,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya ada waktu yang terluang dia dan Syamel juga akan berusaha untuk menghabiskan masa bersama Khawla.

“Kalau difikirkan, Khawla tinggal bersama pengasuhnya cukup buat hati saya tak keruan.

“Kadang-kadang tu terfikir dia tengah buat apa… senyuman dia dan begitu juga kalau di rumah. Kami akan pastikan dia akan bersama kami sentiasa. Harapnya bila Khawla dah besar, dia faham lah kerja mummy dan daddy dia,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ernie dan Syamel kini sedang sibuk  dalam proses mengadakan konsert Aku Cinta yang akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2022.

 

Sumber: Pa&Ma, Gempak,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Events Wed, 15 May 2019

陈思颐离开舒适圈自立门户!任新时尚品牌首席执行长

Cindy陈思颐出任新时尚品牌MEETEE(密T)首席执行长,在发布会上自爆断交某位十年圈内好友,离开舒适圈自立门户,积极发展自己的事业!

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Selamat Lahirkan Anak, Tahniah Jep Dan Sari Yanti!

Menerusi akaun itu, pasangan ini mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

error: Content is protected !!