Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 18, 2022 @ 1:24pm

Batal Hasrat Pergi Konsert Billie Eilish, Janna Nick Kena Influenza B

Hasrat pelakon popular, Janna Nick untuk pergi ke konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini terpaksa dibatalkan apabila dirinya dimasukkan ke wad selepas dijangkiti influenza B, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Janna terpaksa melepaskan dua tiket konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 itu.

“Saya baru nak menjerit sepuas hati dan menonton konsert Billie Eilish memandangkan itu adalah konsert pertamanya di Malaysia,” katanya.

Walaubagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon wanita itu berada di tahap yang stabil dan masih dibawah pemantauan pihak hospital.

“Saya cuma mohon doa orang ramai supaya penyakit ini lenyap dengan segera. Saya menahan kesakitan ini selepas mengalami demam berpanjangan.

“Disebabkan itu, saya ditahan di wad supaya doktor dan jururawat dapat memantau keadaan kesihatan saya.

“Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Doakan semoga tiada komplikasi teruk dan saya dapat kembali bekerja,” katanya.

Selain itu, Janna sempat meluahkan rasa bersalahnya terhadap tenaga produksi drama Melastik Ke Hatimu 2 kerana terpaksa menangguhkan penggambaran yang hampir tamat.

“Ikutkan hati saya nak sambung saja penggambaran seperti biasa tapi bimbang kerana virus ini ada risiko berjangkit,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Feb 2025

Dipanggil Gila Hingga Alami Trauma, Loca B Dakwa Mentua Sebar Fitnah Terhadap Anak & Keluarga?

Trauma yang dialami Loca B sudah dirasai sejak 3 tahun lalu.

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Farah Nabilah Tunang Senyap-Senyap?

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Farah Nabilah okay!

Hiburan Wed, 8 May 2019
Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Featured Mon, 27 Sep 2021
Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Ernie & Syamel Sepakat Warna Baju Raya, Persiapan Anak Jadi Keutamaan

Ernie Zakri dan Syamel lebih berhati-hati dalam pemilihan warna baju raya

Trending Mon, 29 Jun 2020

PKPP: Tidak Perlu Lagi Periksa Suhu Badan Di Setiap Kedai-MKN

Ambil perhatian buat premis di pusat membeli belah

Featured Mon, 22 Aug 2022
error: Content is protected !!