Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 18, 2022 @ 12:38pm

“Ajar Anak Panggil ‘Ibu’ Tapi Yang Keluar Nama…” – Peminat Terhibur Dengan Telatah Anak Dayah Bakar

Putera sulung pengacara Dayah Bakar telah menginjak ke usia 2 tahun, semalam.

Satu-satunya cahaya mata penyeri rumah tangga, Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri dan dilahirkan pada 17 Ogos 2020. 

Terbaharu, perkongsian video di laman TikTok Dayah Bakar ternyata membuat ramai wargamaya mencuit hati dengan gelagat Fahri.

Ha ini kerana, Dayah dilihat sedang mengajar Fahri menyebut panggilan ‘ibu’ oleh dirinya namun namanya pula yang disebut.

Dalam rakaman video dikongsikan ini dapat didengar Fahri hanya memanggil Dayah menggunakan namanya sahaja.

“Fahri 2 years old esok,” tulis Dayah. 

@dayahbakar Fahri 2 years old esok 🥹🤍 #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ original sound – DayahBakar

Perkongsian itu membuatkan warganet dan peminat terhibur dengan gelagat Fahri namun memahami kerana anak-anak akan lebih mudah memanggil dengan panggilan yang biasa didengar di rumah.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 100,000 tanda suka.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang mencuit hati itu. Ada juga yang berkongsi tentang anak mereka juga selalu memanggil dengan panggilan nama sahaja.

Sumber: @dayahbakar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Apr 2020
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Individu Spontan Pegang Janggut UAI, Netizen Risau Terkena Sihir – “Takut Ada Niat Jahat.. Kuku, Rambut Bahaya”

Alamak, betul juga kan.. Risau pula min! Moga Ustaz Azhar Idrus dilindungi sentiasa 🥺

Trending Thu, 27 Jan 2022

Iqbal Zulkefli Dakwa DSV Ada Penyakit Narcissistic Personality Disorder – “Kalian Tidak Sedarkah Beliau Sering Membuli Orang Untuk Menaikkan Nama Sendiri?”

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli mendakwa jutawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). Ketika dunia hiburan dihangatkan dengan isu yang membabitkan DSV dan penyanyi tersohor Anuar Zain, Iqbal yang merupakan […]

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

Hiburan Fri, 22 Jul 2022
Featured Mon, 9 Feb 2026
Featured Sat, 4 Jun 2022
error: Content is protected !!