Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 18, 2022 @ 1:25pm

“Saya Tak Bangga Dengan…” – Throwback Interview Lama, Nazim Othman Tak Terdesak Cari Perhatian Guna Foto Seksi

Nama Nazim Othman memang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air.

Di usia 37 tahun, Nazim masih giat meneruskan karier seni dan terbaru bakal tampil dengan drama Sorry Naik Lori.

Namun buat anak seni kelahiran Labuan ini, dia tidak pernah lari daripada kontroversi sepanjang kerjayanya.

Sering memuat naik foto seksi di laman media sosial, membuatkan ramai menyukai malah ada juga yang melemparkan kata-kata negatif buat dirinya.

Memuat naik semula sedutan temubual lama dengan program Melodi TV3 di Instagram Stories, Nazim mengakui dia tidaklah begitu bangga denggan apa yang dilakukannya dan memberi pandangan orang-orang mengecam itu perlu ada supaya dirinya beringat.

“Dalam konteks ini, saya akan cuba untuk lebih berhati-hati. Bukan cuba, tapi akan lebih berhati-hati lah.

“Tapi saya peliklah, kalau posting-posting begini, banyak pulak dia punya engagement, tapi kalau kita post pasal kata-kata nasihat, orang akan sekadar scroll je,” ujarnya.

Disoal mengenai adakah dirinya sengaja ingin menarik perhatian dengan memuat naik foto-foto yang menghairahkan, Nazim hanya tertawa sebelum menjelaskannya.

“Tak perlu timbul soal saya buat semua tu untuk meraih perhatian.

“Saya masih bekerja, orang akan tengok muka saya sampai jemu kat TV tu, jadi saya tak perlu terdesak untuk mencari perhatian dan saya bukanlah semudah itu,” jelasnya.

Nazim juga beranggapan mungkin sesetengah orang melihat beliau senang dipancing dengan perhatian, namun Nazim tetap menegaskan dia tidak menagih perhatian.

Sumber: nazimothman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 15 May 2025
Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Trending Mon, 30 Apr 2018

Australian Uni Evacuates 500 Students and Staffs Because of Durian Smell

They thought the stinky fruit was a gas leak!

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Sun, 28 Aug 2022
error: Content is protected !!