Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 23, 2022 @ 7:50pm

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Sebelum ini kecoh apabila pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan bahawa pembantu rumah yang baru sebulan berkhidmat telah melarikan diri dan meninggalkan anak-anaknya bersendirian di rumah ketika dia dan suami keluar bekerja.

Terkini, Ezzaty memberitahu bahawa dia telah mengupah pembantu rumah baru bagi menjaga anak-anaknya di rumah walaupun mengakui masih dalam keadaan trauma selepas sebulan insiden berlaku.

“Lepas sebulan. Terpaksa bagi kepercayaan juga dan yang sekarang ni saya ambil maid yang berusia sikit supaya, ya la kadang-kadang yang muda ni dia nak seronok kan dia nak ada boyfriend nak bebas.

“Jadi yang tua ni dia memang betul-betul nak kerja, so far Alhamdulillah masih okay harap-harap yang ini yang terbaiklah untuk kami kan Insya-Allah,” ujar Ezzaty.

Ditanya mengenai impak kejadian tersebut, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu mengakui bahawa ia memberi impak yang sangat kuat terhadap mental dan fizikalnya.

“Impak dia memang kuatlah, nak tak nak memang kena ambil juga, jadi saya agak trauma.

“Sebab dia lari tu saya tengah busy time tu, tengah busy sangat yang shooting kadang sampai 3 sehingga 4 pagi, penat. Tiba-tiba time tu dia nak lari.

“Last minute tak ada siapa nak tolong jaga anak saya semua sampai susu badan saya kering, so anak saya dapat susu saya sampai empat bulan ja.

“Sebab saya terlalu stress, saya stress sampai saya nangis banyak kali. Saya menangis sebab saya tak tahu nak buat mcm mana dah,” luah Ezzaty kepada XTRA.

Kongsinya lagi, gara-gara kejadian itu, dirinya menjadi fobia dan akan sentiasa memantau anak-anaknya di kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefonnya ketika keluar bekerja.

“Memang penuhlah CCTV dekat rumah and saya selalu berinteraksi dengan CCTV dekat phone.

“Saya dah jadi mcm fobia, baru masuk dalam kereta dekat poarch kereta saya dah letak CCTV dah, so kalau nampak apa-apa saya akan macam maid kenapa tu.

“Sambil drive pun sambil kadang bukan tengok Waze saya tengok CCTV, so apa-apa saya terus macam tanya kenapa macam tu… Saya dah jadi takut so saya akan sentiasa tengok CCTV,” jelasnya kepada XTRA.

Ezzaty ditemui ketika sesi penggambaran poster drama bersiri Rindu Kasih di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Walaupun diperlakukan sebegitu, Ezzaty reda dengan ujian yang diberikan malah dia mengambil keputusan untuk menghantar pulang bekas pembantu rumah itu dengan baik ketika ditanya mengenai tindakan yang diambil selepas kejadian larikan diri.

“Saya tak sampai hati nak hantar dia ke imigresen, kalau hantar imigresen kena tangkap memang duduk dalam jail tujuh bulan so saya tak sampai hati.

“Saya beli tiket balik, saya spend banyak sangat duit untuk hantar dia balik dengan tiket pertama burn… beli lagi satu lagi tiket.

“Satu tiket lebih RM1,000 jadi lebih RM3,000 habis dekat tiket ja kan, pastu hantar dia baliklah.

“Sementara nak tunggu hari flight dia tu, dekat dua minggu jugalah dia stay kat rumah saya, tapi masa tu dia macam dah bertaubat jugalah. Saya phone masa tu saya memang tak bagi phone langsung kat dia,” katanya lagi.

Untuk info, Ezzaty sedang menjalani sesi penggambaran bagi drama terbaharunya yang berjudul Rindu Kasih dan memegang watak sebagai Murni.

Drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Ummi Nazeera dan Izzue Islam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu ditahan polis Thailand bersama ribuan pil kuda.

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Thu, 21 May 2020
Featured Sat, 8 Oct 2022
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Masih Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua, Netizen Puji Puteri Sarah Beruntung Terus Disayangi

Puteri Sarah Liyana dedah masih dalam group whatsApp keluarga mentua

Events Fri, 12 Jan 2018

HERE’S THE COMPLETE LIST OF WINNERS FROM GOLDEN DISK AWARDS 2018

Golden Disk Awards 2018 is here again for a whole new year, and we have the complete list of winners! Let us check out who are the winners for this year, shall we?

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Hael Husaini Jadi Rebutan?

Semoga Hael terus mewarnai industri seni tanah air!

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

Wow! sekarang pun nasi lemak dah mahal tau

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

error: Content is protected !!