Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 6:36am

Filem Lakonan Raih Lebih RM90 Juta, Beto Kusyairy Tak Demand Bayaran

Kejayaan filem Mat Kilau tidak membuatkan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, bersikap ‘demand’.

Masih seperti dulu, aktor handalan ini meletakkan harga munasabah untuk sesebuah naskhah yang akan dijayakan.

“Saya masih Beto yang dulu, harga ditetapkan juga setimpal dengan kerja lakonan dan pengalaman dalam bidang seni.

“Saya bekerja bukan untuk diri sendiri, tetapi demi naskhah diamanahkan. Jika bekerja untuk karya, saya akan memberikan yang terbaik.

“Keikhlasan perlu ada dan itu antara sebab saya masih bertahan sehingga hari ini,” kata Beto.

Bakal muncul dalam Anak Rimau The Movie yang akan ditayangkan bermula 1 September ini, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Areel Abu Bakar itu kerana tertarik dengan skripnya.

“Saya melakonkan watak jurulatih sukan bola sepak bernama Coach Zainal. Saya bukan pemain bola sepak, tetapi memang minat sukan bola sepak dan ada pasukan yang diminati.

“Saya juga bukanlah kaki bangku kerana bermain bola sepak untuk mengeluarkan peluh. Sebenarnya, saya hampir mewakili pertandingan Silat Olahraga peringkat remaja Selangor pada zaman sekolah dulu.

“Justeru, memang tidak asing komitmen tinggi dan disiplin sebagai ahli sukan, sekali gus saya praktikkan dalam filem ini,” katanya.

Ditanya cabaran watak, katanya, dia bertuah menimba pengalaman bersama barisan pelakon baru yang juga pemain bola sepak muda kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang turut membintangi filem berkenaan,

“Mereka mendapat bimbingan dan bengkel lakonan dari guru lakonan terkenal, Fatimah Abu Bakar.

“Selain guru lakonan, kami juga dibantu jurulatih bola sepak dari AMD, Osmera Omaro yang juga penasihat dalam filem.

“Justeru, saya tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan barisan pelakon muda dari AMD kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dari segi dialog, penghayatan watak, lakonan dan sebagainya di lokasi penggambaran,” katanya.

Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

Ia turut menampilkan barisan pelakon pembantu Iaitu Mustakim Bahadon, Taiyuddin Bakar, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.

Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.

Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jan 2018

深夜客厅看电视 抬头惊见「长发人头」

人吓人吓死人!但如果不是人……日前台湾一名林氏网民在社交网站群组《爆废公社》发文,指照片是朋友传给他的,并且对方说自己“不敢睡了!”

Trending Mon, 14 Jan 2019

Hanya Kerana Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Di Gantung

Tweet Ucapan Tahun Baru Guna Iphone, Dua Pekerja Huawei Diturunkan Pangkat Dan Potong Gaji

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

《PRODUCE KOL练习生》海选圆满落幕!100位练习生正式诞生

《PRODUCE KOL练习生》海选终极站圆满落幕,100位练习生「C位争夺战」11月正式开展!

Trending Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Tak semestinya tak tunjuk sweet dekat media sosial tak bahagia kan? Memandai je cakap orang mcm tu 🤨

error: Content is protected !!