Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2022 @ 6:09pm

[VIDEO] Acap Kali Diaju Gelaran ‘Nista’, Shila Amzah Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Kenapa Kena Cakap Macam Hidup Saya Terhutang Pada…”

Penyanyi berkaliber, Shila Amzah tampil meluahkan perasaannya mengenai sikap segelintir netizen yang mempunyai mulut seakan tiada ‘insurans’ akibat kerap melabel diirinya yang kini berstatus janda.

Shila, 32, memuat naik sebuah video di Instagram miliknya itu berkata dia segalanya yang terjadi dalam kehidupannya adalah pilihannya sendiri.

“Saya nak pesan kepada semua, stigma yang telah diberikan kepada masyarakat terhadap wanita yang ada status berbeza seperti saya ini sangat-sangat luar biasa ya tahap negatif dia.

“Macam saya selalu cakap sebelum ni, whatever life choices saya telah buat, benda yang telah berlaku adalah diluar bidang kuasa saya dan tiada siapa dalam dunia ni bila berkahwin inginkan penceraian.

“Tapi dalam masa yang sama semua berhak untuk mencari kebahagiaan masing-masing.,” ujarnya.

Dalam video yang sama, pelantun Khilaf Asmara itu turut memohon setiap wanita untuk tidak memberikan kata-kata nista kepada wanita lain.

“Dah tahun berapa ni kita sebagai wanita masih lagi mengujarkan kata-kata nista kepada wanita lain untuk nak jatuhkan dia.

“Saya rasa kita sepatutnya menunjukkan tauladan ataupun attitude yang lebih baik untuk wanita lain. Sebab inilah masa untuk kita saling menyokong dalam dunia yang tenat ini dimana orang lebih mencari kesempurnaan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Ibu anak satu itu turut menjelaskan kehidupannya sekarang lebih baik daripada dahulu namun masih ada diantara netizen yang tidak henti memberi gelaran yang tidak sewajarnya.

“Saya lebih suka untuk hidup secara simple, dari segi percintaan dan kebahagiaan. Saya hargai segala perkara kecil yang terjadi dalam hidup saya dengan lebih baik sekarang.

“Saya tak rasa kita sepatutnya focus on spreading hate, saya dah lama tak buat Ask Me A Questions di Instagram, selama ni banyak yang beri komen positif. Terima kasih untuk itu.

“Tapi ada juga segelintir antara kalian yang sempat menyelit cakap perkara yang tak berfaedah dan panggil saya dengan nama-nama yang tidak baik.

“Apa yang buatkan korang fikir untuk cakap apa saja pada seorang selebriti tanpa buatkan kami rasa unworthy? Kenapa nak kena cakap seperti kehidupan kami ini berhutang nyawa kepada semua? Tidak.

“Saya boleh buat apa saja saya suka dalam hidup saya dan korang semua tiada hak untuk beri sebarang pandangan. Jadi kita kena respek kehidupan masing-masing dan jadi dewasa sebab dunia ini kian tenat. Spread love not hate,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Untuk rekod, Shila Amzah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 2018 namun bercerai pada 9 Februari lalu, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais, setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi. Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya […]

Featured Fri, 20 Mar 2020
Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Featured Fri, 5 Apr 2024
Featured Sat, 16 Apr 2022
FESYEN Mon, 20 Aug 2018

Hitam Putih Taruhan Koleksi Musim Bunga 2018

Potongan ringkas begini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya. Saya mensasarkan golongan muda yang ingin menyerlahkan kelainan dalam berfesyen. Jangan takut untuk bergaya dengan pemilihan warna hitam putih untuk pakaian harian

Trending Sun, 26 Aug 2018

Malaysian Gaming Team Wins RM16.8 Million

And parents always say gaming doesn’t make money…

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…

error: Content is protected !!