Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 30, 2022 @ 9:00am

Sharnaaz Ahmad Bukan Lagi Rakan Kongsi Shuib – “Saya Dengan Dia Okay”

Pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan kini pelakon Sharnaaz Ahmad bukan lagi rakan kongsi bagi francais Bubble Bee yang diurusnya.

Menurut Shuib,  mereka telah mencapai persetujuan tersebut dengan baik, malah hubungannya bersama pelakon itu juga tiada masalah.

“Dia salah seorang rakan kongsi kita di cawangan di Setapak. Itu kerjasamanya dengan Bubble Bee. Akhirnya kita selesaikan dengan beli semula cawangan itu.

“Saya buat perbincangan sangat baik dengan Sharnaaz. Kami beli semula cawangan itu dan alhamdulillah semua berjalan lancar.

“Saya dengan dia okey tiada masalah. Namun saya tak tahu punca dia enggan teruskan bisnes ini,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib menyifatkan Sharnaaz seorang yang sibuk sehingga terpaksa melepaskan francais itu.

“Saya kenal dia seorang yang sibuk. Ia cabaran dalam bisnes dan perkara normal. Sebab itulah bisnes takkan sama langsung dengan industri.

“Kalau semasa dengan Sharnaaz pun tiada masalah, itu adalah masalah dalam bisnes. Ia takkan dibawa masuk dalam industri.

“Saya boleh pergi main golf dengan dia dan lepak dengannya. Buat program pun bersama-sama dengan dia. Memang tiada masalah langsung sebab dia pun bisnesman,” katanya.

Biarpun sudah melalui pelbagai dugaan yang hebat dalam bidang itu, Shuib sempat menyatakan dia menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai inspirasi untuk terus memajukan perniagaannya.

“Ketika itu saya beranggapan mungkin ada orang tak suka tengok kita berjaya. Saya kadang-kadang tengok Ahli Lembaga Pengarah kata jangan beritahu orang apa wawasan kita dan apa sukses kita.

“Tapi saya tak boleh lari dari benda ini. Saya pula pegang kalau benda ini boleh bagi inspirasi pada orang lain, mengapa tidak? Sebab saya juga terinspirasi dari orang lain.

“Saya terinspirasi dengan Datuk Rosyam Nor. Saya okey dengan dia. Saya terinspirasi dengan ramai orang yang mana saya percaya ramai orang yang berjaya dalam dunia ini bermula dengan kosong. Dia pun susah dan bukan orang senang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023

P. Radhi Bawa Aura P. Ramlee Dalam Naskhah Salam Hari Raya

Wah betul betul sebiji lah macam P. Ramlee

Trending Sat, 24 Nov 2018

Ouch! Gara-Gara Batang PVC Tersangkut Di Kemaluan, Warga Emas Dikejar Ke Hospital

Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari.

Featured Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Diserang Penyakit Misteri, Fendy Bakry Makin Pulih

Tambah Fadzil, kesihatan Fendy bertambah baik hasil berkat doa mereka yang tidak pernah jemu memberikan kata semangat untuk pelakon itu sembuh seperti sedia kala.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023

Harap Jumpa Jalan Penyelesaian, Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Rusdi, Sharon Paul Goyah

Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan – Norlia Ghani

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
error: Content is protected !!