Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 26, 2018 @ 1:48pm

Terbaik! One Republic Pukau 10,000 Penonton Di Stadium Merdeka

Fuh, terbaik beb persembahan mereka malam tadi! Rugi siapa yang tak datang tengok mereka beraksi live di Stadium Merdeka, malam semalam.

Konsert One Republic Live In Malaysia 2018 telah berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 10,000 penonton.

Kumpulan pop rock terkenal dari Amerika Syarikat ini memukau penonton dengan persembahan luar biasa dengan persembahan lagu-lagu seperti Stop and Stare, Secrets, Kids, Good Life, Wherever I Go, Better, Feel Again, All The Right Moves, Born To Race, Sometihing I Need, Apologize, Counting Stars dan Love Runs Out.

Lebih menarik, penyanyi Zizan Razak turut menghiburkan peminat sebelum konsert bermula!

Pada konsert tersebut, One Republic turut menyampaikan lagu Wake Me Up sebagai tribut kepada DJ terkenal Avicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu.


One Republic Live in Malaysia dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).


One Republic bakal mengakhiri konsert jelajah di Asia menerusi persembahan di Festival Grammy di Beijing, China pada 30 April ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Oct 2024
LIFESTYLE Fri, 18 Jan 2019

This Little Tool From Face Inc Can Help Maintain Your Youthful Looks

The Face Inc Anti-Aging Micro-Therapy Kit is the latest breakthrough in Anti-Ageing technology.

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Min Yasmin Popular Di Filipina?

Wajah Min turut dipaparkan pada badan bas yang juga studio bergerak stesen itu. Power lah!

error: Content is protected !!