Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 1, 2022 @ 7:39pm

[VIDEO] ‘Back Up’ Neelofa Di TikTok, Izreen Azminda ‘Sekolahkan’ Netizen Kutuk Warna Inai – “Nama Dia Dah Gah Tak Perlu…”

Isu mengenai produk inai milik selebriti terkenal, Neelofa masih menjadi bualan hangat dalam kalangan wargamaya.

Sebelum ini, ramai yang tidak berpuas hati dengan warna inai tersebut kerana seperti ‘terkepit pintu’ dan terdapat pelbagai pantang larang untuk menggunakannya.

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda telah mempertahankan produk usahawan selebriti itu ketika membuat siaran langsung bersama di paltform TikTok.

Menerusi video perkongsian tersebut, Izreen menyatakan warna inai tersebut sememangnya sebegitu dan tidak sama sekali seperti terkepit pintu.

“Tak dak kepit kepit pintu… sapa dia habaq kepit pintu, geram aku tengok. Orang dah habaq warna macam ini,” ujar Izreen.

Izreen turut meluahkan rasa geramnya apabila ada segelintir yang mempertikaikan warna inai tersebut dan orang seperti ini tidak boleh untuk ditegur secara berlapik.

“Kadang-kadang puak-puak ni bukan apa, kena kita cakap lagu ni baru depa faham, tak boleh cakap kias-kias. Terkepit pintu apa hang! Terkepit pintu tang mana?

“Memang orang dah kata dah warna ni,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Izreen turut menyatakan bahawa Neelofa tidak memerlukan sebarang kontroversi kerana namanya telah dikenali oleh orang ramai.

“Sebab apa Neelofa? Saja nak bagi kontroversi. Ni toksah dok bagi dia kontroversi lah hampa. Ni nama dia dah gah tak payah kontroversi. Tak payah kontroversi sangat lah!,” katanya beremosi.

Tambah, ramai yang bersetuju dan menyokong kata-kata Izreen tersebut di ruangan komen.

Namun begitu, ada juga segelintir wargamaya yang menyatakan Izreen sengaja berkata begitu kerana penonton yang menyertai siaran langusung sedang meningkat naik.

@partnernunha Sapa yg duk buat content2 tak menjadi tu? Tgk… kan kak long izreen dah mengamuk 😂#innainunha #innaineelofa #innainunhakl #innainunhaselangor #innainunhaviral #innainunhaderhaka #partnerinnainunha #fyp #neelofa #izreenazminda #fypdongggggggg #fypシ #fy #foryoupage #fypシ゚viral ♬ original sound – PartnerNunHa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Comelnya Anak Datuk Siti Nurhaliza!

Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, kata Khalid.

Featured Sat, 16 Apr 2022
LIFESTYLE Sun, 26 Jan 2020

Hilangkan Parut Jerawat Guna 2 Bahan Mudah.

Dengan menggunakan 2 bahan yang mudah yang mudah didapati dari dapur untuk hilangkan parut jerawat

Hiburan Fri, 4 Apr 2025

Anak Perempuan Ketiga Kak KM Dipuji Cantik Persis Aktres Indonesia – “Rania Makin Lawa”

Rania Anak Kak KM dipuji semakin cantik persis aktres Indonesia

Trending Tue, 25 Aug 2020

Lima Lagi Murid Sekolah Rendah Dikesan Positif Covid-19

Semoga penularan kes ini semakin berkurangan

error: Content is protected !!