Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2022 @ 4:53pm

Kongsi Perbualan Bersama Foto Report Polis Atas al-Quran, Warganet Kurang Senang Dengan Rakan Bapa Puteri Balqis

Selepas tularnya pendedahan ‘berani mati’ pelakon cilik, Puteri Balqis atau Aqish yang mendakwa bapanya melakukan perbuatan zalim dan jijik, tampil pula seorang individu yang menolak segala dakwaan tersebut.

Individu yang dikenali sebagai @KamalAzizKing menerusi ciapan di Twitter miliknya memaklumkan semua dakwaan yang telah dibuat dan disebarkan oleh Aqish dan ibunya itu adalah tidak tepat sama sekali.

Malah, individu yang mengakui dirinya mempunyai kaitan dengan bapa pelakon tersebut mendedahkan tangkap layar berupa perbualan WhatsApp antara dirinya dan bapa Aqish.

Menerusi perkongsian tangkap layar tersebut, dapat dilihat individu yang dikatakan bapa Aqish sempat berkongsi sehelai kertas didakwa laporan polis yang telah dibuatnya yang juga telah diletakkan atas senaskhah al-Quran.

Tidak habis disitu, individu terbabit berharap agar orang ramai tidak meletakkan kepercayaan seratus peratus terhadap dakwaan yang telah dibuat oleh Aqish.

Sementara itu, melihat kepada reaksi ciapan berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan perkara yang berlaku.

Mereka masih berharap agar kes ini disiasat oleh pihak polis tanpa ada sebarang anasir luar yang boleh menjejaskan siasatan.

Apatah lagi, netizen mendakwa keadaan semasa boleh membuatkan sesiapa sahaja boleh bersumpah dan mencipta ‘bukti’ baru untuk menutup kesalahan dan kepentingan diri sendiri termasuklah sanggup menggunakan agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jul 2023

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba […]

Hiburan Thu, 8 Feb 2018

Orange陈慧恬拍拖啦!

八度空间主持人兼歌手Orange陈慧恬与香港摄影师Nash Lee相识逾半年,今年1月谱出异国恋曲。这也是她出道11年来首次对外认爱,似乎已认定对方,更被外界揣测好事近了?

TECH Mon, 20 Aug 2018
Figura Tue, 2 Apr 2024
Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Netizen Bangga Mengaku Kutuk Meerqeen, Ini Bidasan Tuan Badan – “Harap Tidur Lena Malam Ini”

Meerqeen memilih untuk tidak melatah dan membalas mesej tersebut secara tenang.

Trending Tue, 13 Aug 2019
Events Thu, 14 Jul 2022
error: Content is protected !!