Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 8, 2022 @ 6:43pm

[VIDEO] Gara-Gara ‘Menjawab’, Individu Kongsi Nyanyian Ifa Raziah Ketika Raptai – “Tiba-Tiba Ada Bunyi Tarzan”

Persembahan penyanyi Ifa Raziah di minggu ketiga program Terpaling Juara masih menjadi bualan apabila dia memberikan persembahan yang kurang baik.

Penyanyi dangdut ini meletakkan kesalahan kepada busana yang menjadi punca dia hilang fokus ketika membawakan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, nyanyian asal Ella.

Malah, Ifa memaklumkan bahawa dia telah berlatih dengan baik dan tidak ada sebarang masalah ketika raptai dijalankan.

Namun, muncul individu yang membuat perkongsian video sesi raptai Ifa dan mendakwa kualiti nyanyiannya sama sahaja seperti siaran langsung.

“Nak tengok penyanyi kesayangan korang rehearsal?

“Dia cakap time rehearsal ni dia nyanyi lagi baik daripada time dia perform,” tulis individu itu.

@mrdrama2021 Nilai kan sendiri.. Aku geram sbb dia ni kurang ajar.. Tak reti nak jawab elok2.. Kalau bukan sebab peminat/penonton ko bukan Sapa2 pun lah.. So kalau tau dah tua, jgn SOMBONG dlm berkata2.. Nak org respect ko, adab tu jaga.. #sepisekuntummawarmerah #rehearsal #ifaraziah #terpalingjuara #syoksendiri ♬ original sound – MrDrama

Jelas individu itu, dia tidak beriya untuk mencari video Ifa menyanyi sewaktu raptai namun disebabkan tindakan penyanyi itu ‘menjawab’ komen juri membuatkan dirinya geram.

“Aku kalau dia tak menjawab hari tu, tak adalah nak beriya nak cari video rehearsal ni,” ulasnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menyamakan kualiti nyanyian Ifa dengan dirinya yang bukan seorang penyanyi profesional.

“Aku rasa sama je quality nyanyian dia dengan aku.

“Sebab aku pun kalau menyanyi pun lebih kurang makcik ni. Nyanyi ke laut dalam namanya.

“Kalau tak percaya nanti aku post video aku menyanyi pulak,” sindirnya.

Individu itu turut meluahkan rasa berang terhadap sikap Ifa yang didakwa kurang ajar.

“Nilaikan sendiri… Aku geram sebab dia ni kurang ajar. Tak reti nak jawab elok-elok, kalau bukan sebab peminat atau penonton kau bukan siapa-siapa pun lah.

“So kalau dah tau tua, jangan sombong dalam berkata-kata. Nak orang respect kau, adab tu jaga,” tulisnya diruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa Ifa syok sendiri dengan nyanyiannya.

         

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 8 Feb 2020

[TRENDING] Khabarnya Masdo Bawa Satu Kampung Naik Pentas #AJL34?

Tak sabar rasanya nak tengok MASDO bawa orang-orang kampung mereka kan?

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Featured Sun, 10 May 2020
Featured Fri, 22 Aug 2025

“Orang Yang Tenang Tak Akan Sibuk Cari Salah Orang Lain”- Anzalna

Bagai memberi teguran halus, perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir sekali lagi menyorot perhatian.

Featured Wed, 6 Oct 2021
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Lepas Kahwin, Saya Asyik Tengok Jam’- Megat Mentor

Mengimbau detik perkenalan, Megat berkenalan dengan isterinya, Nural Bania Bt Bahari pada tahun 2016 di sebuah restoran di Tawau.

Featured Thu, 3 May 2018

Tapak Kasut Anda Licin? Ikuti Tip Ini Untuk Perbetulkannya Serta 5 Masalah Pakaian Lain

Baju terkoyak, kasut licin sampai boleh terjatuh, butang baju tercabut… Ngerinya kalau terjadi.

error: Content is protected !!