Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 9, 2022 @ 5:23pm

[VIDEO] Kongsi Harga Barang Peribadi Cecah RM656,000… Netizen Dakwa Cik B Makin Menunjuk? – “Sedih, Dulu Ingat Humble”

Nama anak kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV), Cik B heboh menjadi bualan hangat di media sosial selepas berkongsi foto harga barangan peribadinya di Instagram.

Hantaran tersebut memaparkan foto penampilan penuh Cik B berserta harga untuk setiap barangan seperti jam berjenama mewah mencecah RM530,000, jacket jenama terkenal berharga RM14,400 dan beberapa perhiasan lain.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa Cik B semakin menunjuk-nunjuk di khalayak umum serta dikatakan mengikut cara ibunya, DSV.

“Dah ikut perangai mak dia, sayang dulu tengok macam humble,” tulis netizen berkenaan.

Namun begitu, rata-rata netizen turut terkesima melihat harga setiap barangan peribadi selebriti tersebut.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang berkata harga satu jam mewah Cik B boleh membeli sebuah rumah.

Lebih menghiburkan, sesetengah daripada netizen bermohon untuk menjadi adik-beradik angkat Cik B gara-gara kemewahan yang dimilikinya.

Difahamkan, harga barangan peribadi tersebut ditulis oleh pemilik akaun Instagram Beast Lab sebelum dikongsikan semula oleh Cik B.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

“Karya Komedi Romantik Masih Ada Peminat” – Tam Suhaimi

Tam Suhaimi berkongsi pandangan mengenai genre komedi romantik yang semakin jarang diketengahkan di layar perak.

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Gemar Selfie Maut Sewaktu Sedang Mandi

Awak sentiasa di hati kami. Telefon saya esok dan katakan ini semua mimpi, bukan kebenaran,

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Fizz Fairuz Kini DiGelar Datuk

Fizz Fairuz dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk

Hiburan Sun, 17 Mar 2019
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Featured Thu, 14 May 2020
Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

error: Content is protected !!