Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 19, 2022 @ 8:20pm

“Saya Penyanyi No 1, Semua Lagu Trending” – Dituduh Gila, Aliff Syukri Masih Waras!

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila timbul dakwaan yang mengatakan dirinya gila.

Diminta oleh segelintir netizen untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental, Aliff yang kini terpalit dengan kontroversi lagu Baby Sayang bersama Baby Shima mengakui dirinya masih waras dan tidak pernah mempunyai masalah mental.

“Saya waras! Tak faham kenapa ada yang minta saya check keadaan kesihatan pula. Bila kontroversi timbul, saya terfikir juga, mungkin bakat nyanyian ini akan dihargai oleh rakyat Malaysia selepas saya sudah pergi (meninggal dunia) nanti. Eh, takkanlah nak tunggu saya mati barulah ada orang nak hargai saya?

“Sejujurnya, sebab saya buat lagu ni mudah. Semenjak kecil lagi saya dah simpan impian nak jadi penyanyi. Saya sangat minat bidang ini dan yakin saya ada bakat dan akan disokong peminat. Terbaru, saya sanggup keluarkan modal berjumlah RM70,000 untuk single Baby Sayang ni,” katanya.

Nama Aliff meledak di serata media sosial selepas beberapa video acah single Baby Sayang duet bersama Baby Shima tular di platform Tik Tok dan Instagram gara-gara tarian yang dianggap melampau dan lucah.

Dalam pada itu, pelantunn lagu Bobo Di Mana ini turut menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara.

Aliff menyifatkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana kesemua 10 lagu yang pernah dirakamkan sentiasa mendapat tempat teratas di carta trending YouTube selepas ia dilancarkan.

“Saya rasa saya sangat layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital. Walaupun banyak sangat kritikan yang saya terima, tetapi sehingga kini kira-kira 10 buah lagu yang sudah saya hasilkan, semuanya ‘trending’ nombor satu di YouTube. Jarang berada di kedudukan kedua atau ketiga.

“Saya berikan contoh, lagu Bobo Di Mana dan Kelepok Raya menjadi ‘trending’ nombor satu di YouTube. Begitu juga lagu duet bersama Baby Shima ni, Baby Sayang.

“Biarpun baru dilancarkan, ia terus melonjak ke kedudukan pertama carta trending YouTube.

“Orang boleh cakap macam-macam, suara saya macam itiklah, saya tak boleh nyanyilah… Cakap sahaja apa yang netizen mahu, lagu saya tetap trending dan viral,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Events Sat, 10 Sep 2022
Trending Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!